Pihak polis masih menunggu laporan lengkap jabatan kimia berhubung kematian seorang pelajar di dalam bilik berkunci di sebuah universiti sekitar daerah ini semalam.

Kematian Pelajar Universiti, Ini Tindakan TERKINI Pihak Polis...

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, proses bedah siasat sedang dijalankan.

Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Beliau yang dihubungi Kosmo! hari ini berkata, mereka sedang menunggu laporan kimia dari Hospital Serdang

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, mayat pelajar lelaki tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebelah katil.

Kehilangan mangsa disedari seorang rakan yang telah pergi ke bilik mangsa di tingkat lima sebelum mendapati bilik mangsa berkunci dan berbau busuk.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat pelajar terbabit telah di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply