Kerajaan Baharu Israel Dijangka Lebih Teruk | Kerajaan baharu israel yang menggantikan pimpinan Benjamin Netanyahu dijangkakan tidak akan membawa sebarang perubahan yang positif seperti yang didakwa oleh sekumpulan pejuang Hamas.

Kerajaan Baharu Israel Dijangka Lebih Teruk

Menurut jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menerusi Twitter, pejuang Hamas turut tidak mengharapkan sebarang perubahan daripada pimpinan kerajaan baharu itu kerana israel sememangnya bersatu dengan dasar membunuh dan merampas hak-hak Palestin.

Pada masa yang sama dia turut mengaitkan kegagalan Netanyahu membentuk kerajaan dengan kejayaan pertempuran 11 hari antara Hamas dan Israel, bulan lalu.

Perdana Menteri Neftali Bennett akan menerajui pemerintahan selama dua tahun sekiranya mengikut perjanjian gabungan baharu antara lapan parti Israel. Seterusnya akan diikuti oleh Yair Lapid, selama dua tahun lagi. Pentadbiran baharu ini menunjukkan berakhirnya pemerintahan Netanyahu selama 12 tahun.

Setiausaha Agung, gerakan Palestinian National Initiative, Mustafa Barghouti menjangkakan akan berlaku penempatan secara tidak sah dan diskriminasi kaum yang lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelumnya. Pentadbiran baharu tidak banyak berbeza dengan pemerintahan Netanyahu, dengan penjajahan, penempatan kolonial serta diskriminasi kaum seperti kerajaan terdahulu, malah lebih buruk lagi.

Bennet adalah lebih ekstremis berbanding Netanyahu dan sebagai bukti, dia memetik kenyataan Bennet pada Ahad lalu mengenai peluasan penempatan ke kawasan C di Tebing Barat. Perkara ini ditekankan oleh Barghouti.

Mengikut Perjanjian Oslo 1955, di antara Israel dan pihak berkuasa Palestin, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kawasan A, B, dan C.

Kawasan C adalah di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Israel sehinggalah perjanjian status akhir dicapai dengan Palestin.

Barghouti juga menyeru warga Palestin serta dunia untuk melawan kerajaan rasis melalui tentangan, boikot serta sekatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply