Kerajaan Setuju Luluskan Penggunaan Vaksin Moderna | Kadar vaksinasi rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, terkini Kerajaan lulus penggunaan vaksin Covid-19 Moderna. Baca Selanjutnya..

Petaling Jaya – Kerajaan bersetuju memberi pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana vaksin Covid-19 Moderna di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini.

“Mesyuarat telah bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) daripada pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.

“Produk Spikevax ini juga dikenali sebagai vaksin Covid-19 Moderna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply