Kes Covid Lonjak Tinggi, New Delhi Sambung Perintah Berkurung | India kini mencatatkan bilangan kes Covid antara tertinggi di dunia selepas merekodkan bilangan kes sebanyak 349,691 kes baharu serta mencatatkan 2,767 kematian dalam tempoh 24 jam, iaitu bilangan tertinggi sepanjang permulaan pandemik Covid-19 berlaku di negara tersebut.

Kes Covid Lonjak Tinggi, New Delhi Sambung Perintah Berkurung

Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengulas bahawa perintah berkurung di New Delhi akan dilanjutkan seminggu lagi selepas bencana Covid-19 ini dilihat berterusan dan tidak reda. Bandaraya utara yang telah menempatkan 20 juta penduduk ini dikatakan paling teruk dilanda pandemik selepas jumlah jangkitan dan kematian mencapai rekod tertinggi menurut laporan media tempatan.

Sistem penjagaan kesihatan di negara tersebut sedang berhempas pulas dalam menangani lonjakan kes namun mereka kini dikatakan sudah kekurangan oksigen dan ubat-ubatan yang agak buruk serta beberapa keluarga juga mengemukakan rayuan untuk merawat ahli keluarga mereka yang terkena wabak tersebut di media sosial.

New Delhi kini dilaporkan merekodkan sejumlah 23,000 kes terbaharu dengan lebih satu per-empat dari mereka dikatakan telah membuat ujian dan mendapati keputusannya adalah positif manakala dilaporkan lebih 350 kematian dicatatkan di bandar tersebut.

Perdana Menteri, Narendra Modi dalam satu kenyataanya, India kini dikejutkan dengan khabar ‘ribut’ dalam kalangan orang awam namun beliau menasihatkan agar orang awam supaya mendapatkan vaksin dan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai vaksin tersebut.

India kini telah melakukan vaksinasi kepada hampir 141 juta penduduk setakat ini namun pakar mengatakan progam suntikan ini perlu diberikan secara besar-besaran dan ia signifikan kepada negara yang mempunyai penduduk ramai iaitu India yang memiliki penduduk kira-kira seramai 1.3 billion.

Penduduk India dilihat semakin banyak mengkritik kerajaan pimpinan Modi selepas mereka didakwa tidak bersedia menghadapi lonjakan kes covid yang semakin tinggi itu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply