“Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat Dari Bencana”-Perdana Menteri

| December 18, 2021 | 1 Comment

“Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat Dari Bencana”-Perdana Menteri | Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob.

"Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat Dari Bencana"-Perdana Menteri

Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

Pihak kerajaan tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan dibincang kemudian, yang penting baginya adalah, untuk selamatkan mangsa yang terperangkap serta pindahkan mereka ke tempat selamat. Kewangan, bantuan lainĀ  boleh diuruskan kemudian, tambah beliau lagi.

Difahamkan, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah kerjasama dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan agensi lain ditugaskan menghantar makanan kepada mangsa yang tidak mempunyai akses makanan.

Sehingga pukul 11 malam, dilaporkan sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas banjir kerana hujan lebat sejak semalam, melibatkan 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga.

Selain Selangor, negeri-negeri lain yang terjejas adalah Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan terkini Perak.

Ismail Sabri menyambung, pihak berkuasa akan memastikan proses pemindahan dan bantuan makanan diuruskan malam ini juga.

Terdapat 521 pangkalan hadapan JKM tersedia di seluruh negara bagi membekalkan keperluan barangan untuk mangsa di PPS.

Mengenai keadaan terkini banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata sehingga 10.45 malam, 45 PPS dibuka menempatkan seramai 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.

Situasi di Selangor ini, ia agak kelam kabut memandangkan negeri ini biasanya tidak terjejas apabila tiba musim tengkujuh.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara mengerahkan lebih ramai anggota untuk membantu mangsa banjir di Selangor.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *