Khasiat Air Kelapa Yang Anda Perlu Tahu

| August 8, 2020 | 0 Comments

Khasiat Air Kelapa Yang Anda Perlu Tahu | Selalunya orang biasa minum air kelapa ketika cuaca panas, memang terasa segar dan badan pun terasa sejuk kalau dapat minum air kelapa. Dahaga pun hilang bila dapat minum. Ketika musim panas, memang digalakkan minum air kelapa kerana ia mengandungi elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang sewaktu berpeluh. Air kegemaran ramai ini juga tinggi kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang diperlukan oleh tubuh.

1. Sistem Imunisasi Semakin Kuat

Air kelapa melawan virus selesema, typhus dan penyakit berjangkit.

Ia juga menghilangkan bakteria penyebab kepada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing.

Sebab itulah, kalau demam panas, kita dianjurkan untuk meminum air kelapa muda. Biasanya demam akan beransur surut, kepanasan suhu badan juga akan menurun.

2. Semakin Bertenaga

Air kelapa meningkatkan penghasilan hormon dari kelenjar tiroid yang memberi tenaga pada tubuh.

Selepas seminggu minum air kelapa secara konsisten, anda akan dapati badan terasa segar, ringan dan bertenaga.

3. Kesihatan Dalaman Bertambah Baik

Bersifat diuretik semula jadi, air kelapa membuang toksin dalam badan dan mengelakkan daripada terkena batu karang.

Bagi yang menghadapi masalah batu karang, disarankan minum air kelapa.

4. Sistem Perkumuhan Teratur

Jika amalkan minum air kelapa selama seminggu, anda mudah membuang air besar dan dapat elakkan daripada masalah sembelit.

Ini kerana air kelapa mengandungi fiber yang sangat diperlukan oleh tubuh.

5. Penurunan Berat Badan

Semakin banyak minum air kelapa, semakin kurang selera makan kerana kandungan fibernya yang tinggi mampu mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.

Lagi bagus kalau anda makan sekali isi buahnya yang lembut dan boleh dikupas. Isi kelapa ini juga mempunyai kandungan fiber yang tinggi, seperti kebanyakan buah-buahan lain.

6. Kurang Sakit Kepala / Pening

Biasanya sakit kepala boleh terjadi jika badan terlalu dehidrasi dan stres.

Air kelapa mengandungi elektrolit yang mampu mengembalikan ion badan yang hilang akibat kekurangan air.

7. Kulit Semakin Berseri

Semakin banyak minum air kelapa, semakin tinggi kandungan air dalam badan menjadikan kulit tidak lagi kering dan kusam.

8. Bertambah Muda

Air kelapa mengurangkan masalah glaucoma dan katarak, mengelakkan risiko sakit jantung dan meningkatkan tenaga. Ia juga merupakan salah satu amalan awet muda.

Ia menjadikan anda bertenaga semula, seperti orang muda!

 

Jika anda amalkan meminum air kelapa, mungkin kesihatan anda akan ada sedikit perubahan. Selamat mencuba.

Sumber: Sirap Limau

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *