Khasiat Durian Belanda Yang Wajib Anda Tahu

| August 9, 2020 | 0 Comments

Khasiat Durian Belanda Yang Wajib Anda Tahu | Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan Tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Pokok Durian Belanda ini biasanya tumbuh di aras laut sehingga di kawasan tanah tinggi. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji dan sering dibuat jus, pencuci mulut dan sebagainya.

Antara khasiatnya adalah:

1. Durian Belanda mampu merawat dan mencegah seseorang itu daripada mendapat kanser.

2. Menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

3. Daun Durian Blenada yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipecayai dapat merawat sakit kerongkong.

4. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis.

5. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

6. Jus yang dihasilkan daripada buah Durian Belanda ini diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing (masalah kecacingan bagi kanak-kanak) dan ubat cirit-birit.

7. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Buah Durian Belanda mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin begitu juga dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit zat besi. Buah ini terdiri daripada 67.5 % pulpa, 20 % kulit, 8.5 % biji dan 4 % kerak.

Jom kita amalkan!

Sumber: alraudhah

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *