Khasiat Serai Yang Umum Tidak Tahu |Serai kerap digunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi, namun tahukan anda serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Batang dan daun serai mempunyai bau seperti buah lemon kerana bahagian itu mempunyai minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian kita.

1. Memutihkan Gigi

Masalah gigi kuning akibat merokok sering kali kita mendengarnya. Jangan risau, ianya boleh diatasi dengan menggunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

2. Mengatasi Masalah Perut

Teh serai mampu mengatasi masalah gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Serai Sebagai “Pain Killer”

Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai, pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

4. Detoksifikasi

Jika anda ingi tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

5. Melegakan Senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, masalah rasa mual juga akan turut hilang.

6. Agen Pencegah Kanser

Setiap 100gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

7. Menurunkan Tekanan Darah

Serai juga banyak manfaat untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandungi serai setiap pagi, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

8. Mencantikkan Kulit

Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandungi daun serai ini dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

9. Mengubati Jankitan Kulit

Serai mengandungi kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati jankitan pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti jankitan kulit, tipus, keracunan makanan, dan juga dapat menghilangkan bau badan.

10. Sebagai Diuretik

Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

 

Banyak khasiat alam yag boleh anda amalkan untuk tujuan kesihatan.

Sumber: alraudhah

Share.

Leave A Reply