Kilang Cili Kisar, Kicap Berusia 100 Tahun Di Utara Diarah Tutup. Ini Sebabnya.. | Sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap dilaporkan telah diserbu pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di Jalan Patani, di sini, baru-baru ini selepas kilang tersebut dikatakan beroperasi dengan sangat menjijikkan.

Kilang Cili Kisar, Kicap Berusia 100 Tahun Di Utara Diarah Tutup. Ini Sebabnya..

Kilang tersebut dikatakan memproses makanan bersebelahan tandas pekerja, manakala bekas simpanan bahan mentah pula dikatakan diletak di atas lantai yang lecak dengan limpahan air tandas.

Ketua Bahagian BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, keadaan itu bukan sahaja melanggar peraturan ditetapkan malah dibimbangi dapat menyebabkan pencemaran bakteria e-coli ke atas makanan yang diproses tersebut.

Mohd Wazir berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan najis tikus di sekitar tempat memproses dan menyimpan bahan memproses kicap.

Menurut Mohd Wazir lagi, premis tersebut dipercayai sudah beroperasi hampir 100 tahun dan memasarkan cili kisar dan kicap di sekitar negeri di utara.

Sementara itu, serbuan kedua di kilang memproses mi sanggul pula, dilaporkan pihaknya telah menemukan tikus dan lipas di bahagian stor penyimpanan bahan makanan.

Penggunaan peralatan yang berkarat seperti troli selain surat khabar lama untuk mengalas bahan mentah juga antara kesalahan lain yang dikesan di kilang tersebut.

Jelasnya, pihaknya telah melihat satu kotak racun berdekatan tempat memproses, selain ia isu ini dianggap serius isu kerana makanan dan produk bahaya perlu diasingkan dari stor makanan mentah kerana ia perlu diasingkan dan tidak boleh bercampur dalam stor makanan. Ia dikhuatiri akan menyebabkan pencemaran silang semasa pemeriksaan kotak racun bersama makanan yg lain.

Tegas beliau, pihaknya memandang serius perkara berkenaan memandangkan kilang tersebut mempunyai sijil halal dan logo Makanan Selamat Tanggungan Industri (MeSTI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan mereka turut menjumpai lipas dan tikus di permis kedua di mana premis mempunyai sijil MESTI dan halal. Ia adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana pihak kilang sepatutnya perlu kekalkan tahap kebersihan yang maksimum kerana sijil ini bukan dikeluarkan sewenang-wenangnya selain mereka menetapkan standard kebersihan yang tinggi sebelum memperoleh sijil terbabit.

Jelas Mohd Wazir, pihaknya pernah melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua kilang itu pada tahun lalu, namun pemiliknya masih melakukan kesalahan sama.

Berikutan itu katanya, pihaknya mengeluarkan masing-masing tiga dan satu kompaun ke atas kedua-dua kilang terbabit mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM9,000.

Selain itu, kedua-dua kilang tersebut juga diberi notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply