Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang lelaki yang dipercayai dari Indonesia menegur isterinya yang sedang solat Subuh namun, menyedari insan tersayangnya itu belum mandi wajib telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Lain pula dengan cerita yang Ahmad Saifuddin Yusof kongsikan di laman Facebooknya.
Kisah Imam Berjunub.
Seorang sahabat saya seorang imam masjid. Beliau kawan di FB juga. Saya pernah mendengar beliau bercerita kisah mandi wajib.
Di pagi hari Jumaat, selepas subuh beliau telah berjunub. Dari pagi hingga ke tengah hari beliau belum mandi wajib.
Ketika hampir waktu solat Jumaat beliau segera bersiap-siap.
Sebagai mana biasa, beliau bertugas sebagai khatib dan imam solat Jumaat. Semuanya berjalan dengan lancar,
Setelah sekesai urusan di masjid. Beliau pulang ke rumah untuk menikmati hidangan makan tengah hari.
Sampai sahaja di pintu, isterinya bertanya :
“Abang mandi tadi, niat tak?”
Tertelan semangkuk air liurnya terkejut.
Pap! Tepuk dahi si imam ini. “Astaghfirullah! Abang lupa.”
Peninglah beliau mengenangkan situasinya sama ada mahu diberitahu ahli kariah atau tidak.
Ditulis dari kisah benar.
Berdasarkan cerita beliau, ramai berpendapat agak mengelirukan juga kerana ramai pihak yang terlibat khususnya para makmum di masjid. Jadi ramai yang bertanyakan mengenai hukum solat Jumaat tersebut adakah sah atau tidak memandangkan si Imam terlupa untuk mandi wajib..
Sumber : Ahmad Saifuddin Yusof