Kucing Cirit Kuning. Kakak Ni Bagi Tips Rawatan Berkesan | Siapa tak sedih bila tengok kucing kesayangan jadi lembik akibat cirit kuning. Kakak ni bagi tips rawatan berkesan. Jom baca kisah dia rawat kucing dia. Diceritakan oleh Fb Cik Kapten Azmah Mohammed

Cirit

Ini wajah kucing aku nama Abang masa umur 1 tahun….. Hansem kan kucing aku.. hehe..
Skrang dia dah jadi warrior….. Mana mau pakai rantai berloceng tu dah..

Nak dijadikan citer, masa aku balik dari KL ke kampung…. Aku nampak Abang MACAM sakit tapi tak berapa nak confirm sebab beberapa hari tu aku tak jumpa dan tak jaga dia….

Abang kandung aku tolong jagakan sebab dia pun dah jadi kucing outdoor dan warrior… Abang kandung aku tinggal bagi makan je… Maklumlah aku keja kat KL dan kucing nama Abang pulak dok kampung… cuma masa dia sakit, dia manja betul kt aku….. Tido melepek kat kelengkang sedangkan lepas jadi warrior mana maunye dia nak melekat dengan tuannye lagi dah.. .. tapi, malam dia manja tu dia cirit air kuning berbau busuk…

Dia tercirit cecair kuning tu, habis serumah busuk sampai aku boleh terbangun dari tido….. Dia jadi lumpuh sekejap tak boleh jalan mungkin sbb dehydrated….. then demam yg teruk…. kurus kering…… cecair masih lagi keluar berbau hanyir….. nak kata taik bukan pulak….. Condition dia sangat teruk.
Pakej sawan lagi….

Bagi yang dah biasa mengikuti aku kat fb, mmg tahu aku suka menjaga kucing….

Disebabkan aku ada pengalaman menjaga kucing sakit dan ada pengalaman kematian bulus sebab sakit wet FIP, aku praktikkan penjagaan yang sama kat Abang tapi kali ni lebih teliti…

Aku tanya jugak doktor haiwan yang aku kenal melalui telefon, agak²lah Abang ni sakit apa…. doktor kata kemungkinan hanya dua..

1. PARVO
2. KERACUNAN

Walaupun aku bertanya, aku tak hantar ke veterinar dulu……. Aku minta 3 hari pada doktor utk merawatnya sendiri…. Apapun, kalau korang dapat kucing sakit yang simptom teruk², korang bawakla pergi vet ye…. Aku memilih rawat sendiri…….

Anyway, camana aku rawat sampai dia pulih semula?

1. Aku bagi dia minum air setiap 1 jam sebanyak 7ml selama 3 jam…

Aku tak bagi dia makan dulu sbb nak perut dia berehat…. nak dia tenang tp tidak dehydrated…

2. Air Kelapa.

Air kepala ialah penawar terbaik kucing dan manusia….. Aku bagi 2 jam sebelum makan/minum ubat dan etc….

Kenapa begitu? Air kelapa adalah bersifat diuretik dan ia bertindak mengeluarkan/membuang segala macam kotoran dalam badan… banyak kelebihan air kelapa ni, ko google lah sendiri tapi JANGAN BERLEBIHAN….
Kalau aku masukkan ubat atau supplement terlebih dahulu, then baru bagi minum air kelapa, air kelapa ni akan membuang segala macam semua dalam perut…. so rugilah kan..

So aku bagi air kelapa dulu, baru makanan or supplement SELEPAS 2 JAM..

3. 4 LIFE T-FACTOR (jangan amik yg advanced ye… amik yang biasa je…)

Aku dapatkan kapsul T-FACTOR pulak..
Ni utk membantu immune body dia yer..
Aku bukan ejen yg menjualnye tp aku berterima kasih pada orang yg recommend.
Sangat sangat sangat membantu dan terbukti!

Aku bagi 3 kapsul sehari…
1 kapsul setengah pada pagi 1 jam SEBELUM makan….
1 kapsul setengah pada petang 1 jam SEBELUM makan..
Aku bancuh guna syringe 5ml utk setiap bancuhan….
Lepas dia minum, rehat jap 1 jam…

3. Selepas turutan di atas, aku bagi makan URGENT CARE A/D…. Makanan ni khas utk kucing yang sakit…

Harganya sekitar RM11 to RM13 setin dan hanya dijual di KLINIK HAIWAN……. Aku bagi makan 30ML setiap 4 hingga 5 jam perlahan-lahan…. Jadi, keseluruhan urgent care wetfood yang aku bagi sehari ialah 1 tin sahaja mengikut berat badan dia…. Berat badan Abang ialah 3.6kg….1 tin dah memadai/3 kali sehari menggunakan SYRINGE 20 ML..

Aku just nak ingatkan, makanan ni ada lemak dan minyak babi ye…. Pakai glove…. (tak perlu sertu pun tp kalau was was, kendalikan ia dgn berhati²….)

Aku bagi makanan ni, selama 10 hari berturut dan lebih baik jika terus bagi sampai dia betul-betul pulih.

Elakkan atau jangan bagi wetfood lain.

Aku juga tak bagi ikan rebus sebab dia akan cirit balik….. aku bagi URGENT CARE A/D ni sahaja…. . memang dia akan boring tp hakikatnya, dia kucing belum boleh diberi makan selain makanan ini. Sabar ye…

4. SELEPAS 1 JAM MAKAN urgent care A/D, aku suapkan 8ML air kelapa pulak ….

Utk berat badan dia ni, 8ML dan memadai…. So aku suap guna syringe 3ML sbb lebih lembut masa suntik ke mulut……

(Air kelapa ni aku bagi 5 jam sekali….Dalam 4 kali sehari)

5. Aku kitar benda yang aku buat kat atas selama 2 hari…

Selama 2 hari ialah hari yang kritikal bagi aku utk melihat perubahan dia bergerak.
Itu yang penting, BERGERAK…

Alhamdulillah dgn izin Allah dia bergerak..

6. Aku ulang semua di atas, aku monitor utk 2 hari seterusnya…..

Means, masuk 4 hari la kan..4 hari ni, aku monitor respon, cirit dan pergerakan dia…

Alhamdulillah, naik lagi beberapa peratus..
Cirit makin kurang… Selera makan lebih baik…
Cecair kuning dah tak ada….. Cuma masih lemah….

7. Hari ke 5 dan ke 6 aku kitar perkara yang sama spt di atas dan CIRITNYA SUDAH BERKURANGAN…. Anyway, akibat berkurung utk monitor Abang, badannya sangat berbau yer…

Satu rumah berbau taik….

Maklumlahkan dia ada keluarkan air kuning busuk pada hari pertama aku rawat dia…..
Jadi, aku mandikan dia SEPARUH BADAN dengan air suam panas perlahan-lahan.

Tujuannya utk hindarkan dia dari sakit lain pulak…. Aku mandikan cepat² dan lap kering²…
Lepas dia mandi, dia nampak segar sikit…

8. Hari ke 7, ciritnya dah tak ada….

Aku monitor najisnya.. KERAS….. Mantap… hehe…. Cuma dia berak sehari sekali..
Janji dia berak dan kencing.

Selepas 3 hari seterusnya najis Abang menjadi keras, aku keep buat benda yang sama seperti di atas selama 1 minggu extra….

Jika ditimbang kira, dalam 14 hari aku merawatnya dengan penuh tekun dan sabar…

Sikit-sikit kang aku bangun, lapkan muntah, air kuning dia…. sikit-sikit kang aku lapkan sangkar sebab taknak lalat hurung.

Dan Alhamdulillah, dia semakin sihat, boleh makan sendiri, boleh kencing dgn baik, boleh melompat parit, boleh dengar cakap kita..

Aku kira dia sudah baik 75%….

Tapi dia rajin tido lahh…. haha…. rajin tido ketika dalam mood rawatan tu sebenarnya OK sahaja.. Tu dalam mood recovery…

Mungkin dia akan betul² sehat dlm 1 hingga 2 bulan, mengikut perkiraan doktor..

Doktor kata, tidak mengapa tak perlu hantar ke klinik sebab dia semakin baik..

Sebenarnya aku ada janji dengan doktor haiwan utk menghantarnya ke veterinar tp aku tekad dalam diri, bagilah aku peluang utk menjaganya dulu…. dah tak boleh nanti, aku hantar ke doktor…. camtulah plan asal..

Dan utk pengetahuan korang, aku sanggup bawak kucing sakit ikut aku ke KL….bawak sangkar naik kereta yer….

Aku jaga dia hampir setiap masa, melainkan ada meeting, aku minta seseorang monitor.

Jam 4 pagi pun aku bangun kalau dengar kucing aku menangis…. aku basuh najis dia, suap dia makan dengan rasa sayang…

Dan atas Izin Allah, kucing aku kembali sehat….

Ini bukan pertama kali aku jaga kucing sakit, tp aku sentiasa gembira dengan seekor haiwan baik di kala diorang sehat atau sakit sekalipun.

Aku tetap sayang..

Aku ada 5 ekor kucing kesemuanya…

(Dan aku jaga 8 ekor kucing jalanan setiap hari walaupun sibuk bertugas sebagai seorang majikan….)
.
.
NOTA KAKI DAN PENTING :

1. Adalah lebih baik korang hantar ke veterinar kalau kucing korang sakit ye.
Kat sini, aku cuma kongsi pengalaman aku menjaga kucing² sakit sahaja. Disebabkan ia berjaya, aku SHARE pengalaman tu…

2. Aku tekankan point penting sahaja…
Cara penjagaan mungkin berbeza… Jika tidak sependapat, jangan menghina.
Sebaiknya berilah idea yg lebih baik supaya netizen lain boleh praktikkannya.

3. Doakan bulus kita baik-baik, kena banyak sabar dan sayanglah dari hati.

4. Bacalah ilmu tentang haiwan dan penjagaannya….. Bagi yang bela haiwan, rajin-rajinlah masuk ke group PENCINTA HAIWAN…

5. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR JIKA ANDA TIDAK ADA PENGALAMAN.. ITU PALING UTAMA.

Sumber: Fb Cik Kapten Azmah Mohammed

Share.

Leave A Reply