Popia Cheese Ala Wonder Cheese Sedap

| June 21, 2020 | 0 Comments

Popia Cheese Ala Wonder Cheese Sedap| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap semuanya sihat dan dikurniakan rezeki yang baik . Baiklah rasa-rasa hari ini macam nak buat popia cheese sendiri lah sebab kalau beli sebalang mesti cepat je habis kan.  Jadi nak puaskan hati baik kita buat sendiri je dekat rumah. Ha siapa peminat popia cheese marilah kita cuba buat resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sebungkus kulit popia (Mai guna jenama KG Pastry)
8 sudu besar serbuk keju
2 sudu besar serbuk cili (Mai guna jenama Baba’s)
4 sudu besar gula
Cara membuatnya:

1. Gunting kulit popia bentuk segiempat, kecil-kecil sehingga habis sebungkus.

2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan.3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.

4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.

5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.

6. Sedia untuk dimakan.

*Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju (ikut rasa masing-masing)
Haa, macam mana? Sedap kan. Nak krup krap krup krap tengok tv ke sambil buat keje pun boleh.sedap tak terkata tau.Selamat mencuba resepi popia cheese ini!

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *