PETALING JAYA- Tiga ekor kuda yang didakwa bertuan didapati berkeliaran di jalan raya di kawasan menghala ke Bukit Ampang Selangor kelmarin.

Melalui Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, ketiga-tiga kuda dipercayai bertuan tetapi hingga kini tiada pihak mengaku sebagai pemilik.

Tambah hantaran tersebut lagi, seekor daripada kuda tersebut kelihatan lemah dan tidak mampu bangun.

“Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi mengesan pemilik.

“Pengesanan tersebut bertujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan,” jelas hantaran itu hari ini.

Selepas beberapa jam, tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor sejak pagi kelmarin telah berjaya diselamatkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori di dalam satu hantarannya.

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” tulisnya.

Nurhidayah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi tempat berteduh sementara buat tiga ekor kuda ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamatkan haiwan malang tersebut.

Terdahulu, media melaporkan tiga ekor kuda tersebut dilihat berkeliaran tanpa bertuan atau penjaga di kawasan terbabit sejak pagi tadi.

Salah seekor daripada kuda tersebut juga kelihatan lemah dan tidak mampu bangun kerana dipercayai tidak diberi makanan.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Netizen Sayu Lihat Kuda Kelaparan Sampai Makan Sampah

PETALING JAYA – Dua ekor kuda kelihatan kelaparan dan kurus dipercayai terlepas dari kandang berlegar-legar di kawasan Bukit Ampang dekat sini baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dikongsikan di laman Facebook, @RizalFirman, lelaki itu menggesa pemilik haiwan itu supaya mengambil segera kerana kasihan selepas mendapati kuda tersebut memakan sampah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah kerana kuda tersebut rupa-rupanya sudah berkali-kali dilihat berada di kawasan tersebut.

“Lama dah kuda itu (berkeliaran) di situ, bertukar ganti dengan lembu, kadang-kadang lembu kadang-kadang kuda, kasihan kurus seperti kelaparan. Mana-mana yang berkesempatan beli apa patut beri kuda makan, sedekah haiwan kesian cari makan sampai makan sampah,” ujar @Idilrothmans.

“Dah banyak kali, lembu pun ada. Saya pernah hampir terlanggar pada waktu hujan,” kata @AqilHaris.

“Ada bertuan kot. Selalu di situ, lembu ada, kuda ada, monyet ada, burung merpati pun ada. Boleh la bawa anak-anak tengok binatang percuma depan mata. Saya ada juga bawa roti untuk beri haiwan tersebut makan,” kata @arbaiyahbeepeace.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply