Lagi Kisah Ikan Siakap ‘Kayangan’, Harga Cecah 4 Angka Di Langkawi | Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai kisah tujuh pelancong di Langkawi yang mendakwa dikenakan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal namun baru-baru ini tular semula kisah terbabit dan ia perkongsian lain yang hampir serupa.

Lagi Kisah Ikan Siakap 'Kayangan', Harga Cecah 4 Angka Di Langkawi

Dikatakan seorang wanita telah berkongsi mengenai kisah yang terjadi kepada dirinya selepas hidangan yang dipesannya bersama 18 individu lain juga mencecah empat angka, di samping harga air dan telur yang disifatkannya mahal menerusi laporan Awani.

Sebelumnya, mereka beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan berharga antara RM200 sehingga RM500, namun terkejut apabila melihat jumlah keseluruhan bil itu.

Jelas wanita terbabit menurut laporan Awani, “Empat angka, air pun cekik tengkuk tahap nak mati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Langkawi.

Luah wanita terbabit, “Itu baru ikan. Air kosong pun RM5, inikan pula air manis.

Tambahnya lagi, “Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan, tak tahu lah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja semasa bayar,” menerusi perkongsian wanita terbabit di facebook peribadinya.

Terdahulu, telah tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.

Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply