Lelaki Minta Bantuan Bomba Angkat Mayat Isteri Berat 230KG

| July 21, 2021 | 0 Comments

Lelaki Minta Bantuan Bomba Angkat Mayat Isteri Berat 230KG | Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram (kg) yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, Melaka pagi tadi.

Lelaki Minta Bantuan Bomba Angkat Mayat Isteri Berat 230KG

Dalam pada itu, difahamkan, wanita yang berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di atas sofa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada polis pada pukul 7.09 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairuddin Atan telah ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya tiba di rumah tersebut pada pukul 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita obes seberat 230 kg itu berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai bomba bersama-sama membantu mengangkat mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas lori angkut bomba,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Zulkhairani, operasi tersebut selesai pukul 8.25 pagi dan mayat dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keluarga mangsa memaklumkan wanita tersebut mempunyai sejarah penyakit asma.

“Namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *