Lelaki Sarawak Derma Darah Ganjil Kepada Ibu Mengandung Di Johor. | Ibu mengandung di Johor bersyukur ada orang sudi derma darah ganjil. Darah ganjil ni hanya boleh didapati di kalangan orang Bidayuh di Sarawak. Wow. Jom kisah menarik ini.
DARAH GANJIL DITERBANGKAN KE JOHOR BAHRU
Di Sarawak, antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil ialah kumpulan darah Rh17.
Rh17 merupakan darah yang jarang kita jumpa di kalangan penduduk di Malaysia namun di Sarawak darah jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.
Semalam darah Encik Pehan anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan Caeser miliki darah jenis yang sama Rh17.
Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru. Individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja.
Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.
Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat.
Sumber : FB Blood Bank HUM