Lelaki Tembak Pekerja Restoran Gara-gara Berang Jagung Habis | Gara-gara tidak dapat mengawal emosi, seorang warga Amerika Syarikat (US) bertindak menembak pekerja selepas berang mendapat tahu restoran makanan segera itu kehabisan jagung, pada Isnin, lapor Daily Star.

lelaki ditembak kerana jagung

Menurut penyiasat, penembak terbabit memasuki lorong pandu lalu sebuah restoran di kejiranan Central West End, yang terletak di bandar US selepas mencuba untuk membuat pesanan.

Suspek yang dianggarkan berada dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, mula membuat ugutan kepada kakitangan menggunakan pembesar suara apabila dia dimaklumkan mengenai ketiadaan stok jagung.

Suspek tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya hingga bertindak mengeluarkan senjata pistol dan disorokkan semasa memandu ke tingkap pandu lalu.

Polis berkata seorang pekerja pergi ke luar untuk bercakap dengan pemandu mengenai isu itu tetapi kembali ke restoran mengatakan bahawa dia telah ditembak oleh suspek tersebut.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun itu telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal susulan kejadian tembakan berlaku.

Suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan kepada mangsa. Setakat tengah hari Selasa, polis masih tidak berjaya melakukan penangkapan ke atasnya dan masih meneruskan usaha mencari penembak berkenaan.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Anggota Bomba Tembak Pekerja ‘Drive-Thru’ McDonald’s. Puncanya Mengejutkan!

Seorang anggota bomba yang tidak bertugas didakwa telah menampar seorang pekerja pandu lalu McDonald’s sebelum menyerbu masuk ke dalam restoran dan menembaknya.

Anggota Bomba Tembak Pekerja 'Drive-Thru' McDonald's. Puncanya Mengejutkan!

Kejadian dikatakan berlaku berikutan pertengkaran mengenai kupon diskaun.

Seorang lelaki dikenali sebagai Sarjan Paulo Cesar de Souza Albuquerque dirakam telah bercakap dengan pekerja McDonald Mateus Domingues Carvalho, 21, melalui tingkap pandu lalu pada 9 Mei.

Dalam klip itu, Albuquerque dilihat membuka pintu kereta Mercedesnya, meletakkan tangannya melalui tingkap dan memukul Carvalho, yang segera menjeling ke belakang.

Video kedua menunjukkan seorang pelanggan menceroboh masuk ke dalam kedai sambil memegang pistol.

Ketika itu, seorang lelaki berbadan tegap cuba menghalangnya tetapi gagal.

Video ketiga menunjukkan Carvalho jatuh di hadapan pelanggan yang terkejut sementara lelaki itu berlalu pergi, dengan pistol masih di tangannya.

Insiden itu berlaku di kawasan kejiranan Taquara di Rio de Janeiro awal pagi Isnin.

Anggota Bomba Tembak Pekerja 'Drive-Thru' McDonald's. Puncanya Mengejutkan!

Saksi kemudian mendedahkan bahawa mereka telah bertengkar mengenai kupon diskaun.

Anggota bomba itu telah membuat pesanan di pandu lalu, tetapi dia diberitahu akan mendapat diskaun apabila tiba masanya untuk membayar, dan bukan pada permulaan pesanan seperti yang tertera pada terma dan syarat kupon.

Berikutan tembakan di jarak dekat, Albuquerque didakwa telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Manakala, Carvalho segera dibawa ke hospital oleh pihak polis.

Lelaki itu memerlukan pembedahan untuk kecederaan di perutnya dan buah pinggang kirinya terpaksa dibuang.

Semasa laporan ini, dia masih dirawat di Hospital Lourenco Jorge dalam keadaan stabil.

Albuquerque dikatakan telah menyerahkan dirinya ke balai polis di Taquara pada petang Isnin.

Peguamnya, Sandro Figueiredo mendakwa bahawa senjata api anak guamnya dilepaskan secara tidak sengaja.

Jabatan Bomba telah menggantung lesen Albuquerque dan telah membuat siasatan dalaman terhadap kelakuannya.

Dia telah dibebaskan oleh pihak polis semasa dalam siasatan.

Sumber: Mirror

 

Lelaki Diacu Pistol Gara-Gara Ganggu Mesyuarat Online

Lelaki Diacu Pistol Gara-Gara Ganggu Mesyuarat Online | Polis di Jakarta menahan seorang lelaki pertengahan usia kerana mengugut seorang pekerja binaan dengan menggunakan pistol angin, lapor laman Coconut News.

Suspek yang dikenali sebagai RPB dilaporkan bertindak sedemikian kerana mangsa, SES, melakukan kerja pengubahsuaian kediaman dalam keadaan bising sehingga mengganggu sesi mesyuarat online lelaki itu.

“RPB berang kerana bunyi di tapak binaan terlalu bising dan mengganggu dia yang sedang bermesyuarat secara online menerusi aplikasi Zoom.

“RPB telah meminta SES mengurangkan sedikit bunyi bising yang dibuat tetapi permintaan itu tidak diendahkan,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan.

Rakaman video yang menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES tular di media sosial Indonesia.

Menerusi paparan video itu, RPB bertanya sama ada SES mahu ditembak di kaki atau lutut namun polis mengesahkan tiada sebarang tembakan dilepaskan.

RPB telah ditahan polis dan didakwa atas jenayah ugutan ganas, yang boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun di bawah Akta Jenayah.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply