Pesakit M@ti Jatuh Dari Tingkat 7 Bangunan Hospital | Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjun dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di sini, tengah malam tadi.

Pesakit mati jatuh dari tingkat tujuh bangunan hospital

ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff, Ketua Polis Daerah Temerloh, berkata, pihaknya menerima aduan memaklumkan kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh menjalankan siasatan di tempat kejadian.

ACP Azhar berkata bahawa hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 19 tahun itu merupakan salah seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital terbabit.

Beliau juga menyata dalam kenyataan hari ini bahawa berdasarkan laporan doktor, mangsa menerima rawatan kerana demam panas dan jangkitan kuman di otaknya.

Menurut Mohd Azhar, kejadian itu juga tiada sebarang kaitan dengan unsur jenayah.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HoSHAS untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ACP bertambah lagi bahawa orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis di mana-mana balai berdekatan.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Terjun Dari Tingkat 12 Selepas Tikam Isteri Sehingga Mati.

Terjun Dari Tingkat 12 Selepas Tikam Isteri Sehingga Mati. | GEORGE TOWN: Seorang lelaki parah selepas terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium sejurus menikam isterinya hingga mati dalam kejadian di Air Itam, Paya Terubong, hari ini.

Terjun Dari Tingkat 12 Selepas Tikam Isteri Sehingga Mati.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Saravanan Velu berkata, penduduk menemui lelaki berusia 54 tahun itu berlumuran darah di tingkat bawah sebuah kondominium pada jam 7.40 pagi.

Beliau berkata, pada jam 12.30 tengah hari, seorang wanita meminta bantuan polis selepas mendapati rumah anak perempuannya berkunci.

“Polis kemudian menemani wanita itu untuk membuka pintu menggunakan kunci pendua,” katanya.

Katanya, sebaik pintu dibuka, dia menemui mangsa berusia 46 tahun terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dengan kesan tikaman di paha dan leher.

“Polis turut menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Kami percaya wanita itu terlibat dalam pertengkaran dengan suaminya sebelum dia ditikam,” katanya.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, ketika kejadian, anak lelaki pasangan itu berusia 18 tahun berada di rumah nenek mereka.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Pasangan itu bekerja di sebuah kilang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: FMT

 

Ibu Tunggal Terjun Hotel Dari Tingkat 12

Wanita ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel di Taman Melaka Raya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran tertiarap dan berlumuran darah di kepala sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir selepas menerima laporan pada 10.52 pagi.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati mangsa bukan tetamu, sebaliknya datang ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi.

“Si mati kemudian naik ke tingkat 12 dan selepas lima minit, dia dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.

“Siasatan awal mendapati si mati adalah seorang ibu tunggal beralamat yang hilang pekerjaan sebagai penjual produk kesihatan selepas negara dilanda Covid-19 dan dipercayai mempunyai masalah kewangan,” katanya dalam kenyataan.

Christopher berkata, pegawai penyiasat bersama jurufoto yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat si mati ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap di atas jalan dan berlumuran darah,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply