Tak Tahan Hobi Memancing Suami, Isteri Nekad Bercerai | Seorang wanita di China nekad berpisah dengan suaminya selepas 10 tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan tabiat lelaki itu yang ketagih memancing hingga melebihkan hobi itu daripada keluarga.
Oddity Central melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Zhang memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rakyat Daerah Juye dekat wilayah Shandong.
Menurut Zhang, hobi suaminya menyebabkan dia terpaksa menguruskan semua kerja rumah dan dua anak mereka sendiri manakala suaminya ‘goyang kaki’ di sofa sambil melihat telefon pintar dan seterusnya keluar memancing bersama rakan selepas makan malam setiap petang.
Zhang berulang kali telah meminta suaminya untuk meluangkan lebih banyak masa bersamanya dan anak berbanding rakan memancing.
Namun, permintaannya tidak diendahkan menyebabkan Zhang nekad meneruskan perceraian kerana menganggap itu jalan terakhir buatnya.
Zhang berkata, dia bangun sebelum jam 6 pagi setiap pagi untuk menyediakan sarapan kemudian menghantar anaknya ke sekolah sebelum ke tempat kerja.
Zhang juga menyata bahawa setiap hari dia yang mencuci pinggan, mengemas rumah, mengambil anak dari sekolah dan membantu mereka membuat kerja rumah, dia letih.
Zhange bertambah lagi bahawa suaminya pula bangun selepas Zhang menyediakan sarapan, selepas balik kerja, suaminya hanya berbaring di atas sofa dan bermain dengan telefon bimbitnya.
Zhang menjelas dalam alasan tuntutan perceraiannya di mahkamah bahawa selepas makan malam, suaminya terus keluar untuk memancing, dan sering menghabiskan sepanjang malam memancing.
Bosan dengan rungutan isterinya, lelaki yang bernama Sun, bersetuju untuk berpisah.
Selepas sesi mediasi antara pasangan terbabit gagal, hakim telah meluluskan permohonan cerai mereka.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Wanita Ini Diceraikan Selepas 8 Hari Kahwin. Tak Sangka Ini Puncanya.
Wanita Ini Diceraikan Selepas 8 Hari Kahwin. Tak Sangka Ini Puncanya. | JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa kerana diceraikan suaminya hanya selepas lapan hari mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop.
Menurut Eka S Rufaidah, selepas berkahwin, suaminya sering marah-marah pada perkara-perkara kecil.
Dia mendapat tahu bahawa suaminya menghidap keadaan kesihatan mental digelar Obsessive Compulsive Disorder (OCD), sehari selepas mereka berkahwin yang membuatkan lelaki itu menjadi sangat cerewet.
“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.
“Dia juga pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendam sudu yang akan digunakan ke dalam air panas. Tanpa disengajakan, pakaian saya terkena nasi itu dan ia membuatkan suami naik angin.
“Saya berasa takut melihatkan emosinya yang tidak stabil,” katanya.
Tambah Eka, dalam satu kejadian lain, suaminya menyuruh dia membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian wanita itu tidak sama seperti cara suaminya.
“Selain itu, ada satu ketika apabila perut saya berasa sakit kerana masalah senggugut. Saya meletakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit.
“Secara tiba-tiba, dia menjerit kepada saya dan berkata bahawa saya ialah isteri yang tidak taat,” ujar wanita itu.
Keesokan harinya, Eka berkata, dia meminta kebenaran suaminya untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian.
“Pada 14 Mac, dia mengirim pesanan pada aplikasi WhatsApp dan menceraikan saya begitu sahaja.
“Saya berharap tiada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya dan untuk kaum lelaki, pernikahan bukanlah satu perkara main-main,” katanya. – Agensi
Sumber : Kosmo