Lelaki Temui Tumbuhan Baru Bentuk Seakan ‘Manusia Kecil’ Buat Saintis TERKEJUT | Khalifah Media Networks – Satu spesies cendawan baharu yang dikatakan mempunyai bentuk seperti manusia telah ditemui di tepi jalan raya Cockley Cley, Norfolk, United Kingdom. Cendawan berkenaan dilihat mempunyai struktur yang kelihatan persis seperti bahagian kepala, tangan dan juga kaki manusia!

Lelaki Temui Tumbuhan Baru Bentuk Seakan 'Manusia Kecil' Buat Saintis TERKEJUT

Penemuan bersejarah ini telah menaikkan nama Jonathan Revett sekali gus menjadikan cendawan ini diklasifikasikan sebagai spesies terbaharu di dunia. Cendawan unik ini turut dinamakan geastrum britannicum bagi melambangkan kawasan penemuan cendawan tersebut buat pertama kali.

Menurut Jonathan Revett, 49 tahun, “Ia kelihatan seperti manusia cendawan kecil. Pelik sungguh melihat bentuknya yang kelihatan seperti kepala dan tangan. Inilah yang menarik perhatian saya.”

Daily Mail memaklumkan bahawa cendawan berkenaan pertama kali ditemui pada tahun 2000. Namun demikian, ia tidak diklasifikasikan sebagai salah satu kulat earthstar yang biasa ditemui di Norfolk.

Lelaki Temui Tumbuhan Baru Bentuk Seakan 'Manusia Kecil' Buat Saintis TERKEJUT

Bagaimanapun, Jonathan yang amat meminati bidang mikologi dan telah mengkaji mengenai kulat selama lebih 4o tahun bertindak menghantar cendawan ini ke Kew Gardens bagi melakukan ujian.

15 tahun kemudian, pakar mikologi di Sepanyol telah mengeluarkan keputusan analisis DNA dan mendapati cendawan ini mempunyai sedikit perbezaan sekali gus menjadikannya sebagai cendawan yang baharu.

Lelaki Temui Tumbuhan Baru Bentuk Seakan 'Manusia Kecil' Buat Saintis TERKEJUT

“Saya rasa sangat bangga mengetahui bahawa saya telah menemui satu penemuan baharu. Saya tahu cendawan ini lain daripada yang lain,” kata Jonathan yang turut mengendalikan laman sesawang mikologi dikenali sebagai fenfungi.com.

Sejak penemuan oleh Jonathan, terdapat tiga lagi spesimen telah dikumpulkan di Norfolk dan kulat ini dilaporkan turut ditemui di kawasan Hampshire dan Welsh Borders.

Sumber: Daily Mail via EraBaru

Share.

Leave A Reply