Lotus Biscoff Cheesecake Buat Sendiri Je| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap semuanya dalam keadaan sihat waalfiat dan diberikan keceriaan juga kebahagian dalam kehidupan. Baiklah hari ini saya nak sharekan satu resepi yang viral sekarang ini. Resepi yang saya nak kongsikan adalah Lotus Biscoff Cheesecake. Kalau kita beli kat luar ni pastinya kena keluar duit beratus untuk dapatkan cake yang sumpah sedap ini. Jadi untuk anda yang ingin berjimat, tidak ada masalah kita buat sendiri sahaja. Sedap, jimat dan selamat untuk dimakan. Lotus Biscoff Cheesecake ini juga tidak perlu dibakar. Mudahkan? Jadi tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 20 keping biskut lotus biscoff.
  • 100gm unsalted butter.

Bahan creamcheese:

  • 400gm cream cheese
  • Lotus spread 200gm(botol)- 2 sudu besar untuk adunan cheese dan bakinya untuk topping
  • 1 sudu kecil Esen vanilla
  • 125 gm Whipping cream
  • 2 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN :

  1. Ketuk atau hancurkan biksut lotus biscoff. Kalau nak mudah, beli yang crumble siap.
  2. Panaskan unsalted butter tu. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan tadi. Tutup api dan Kacau rata. Masukkan dalam mould cake/loyang, padat2 kan dia. Dan sejukkan dalam peti ais sementara kita buat adunan creamcheese.
  3. Putar cream cheese sampai kembang. Masukkan dua sudu lotus biscoff spread dalam adunan cheese tu. Dan putar lagi sambil masukkan 1 sudu kecil essen vanilla. Dah siap adunan creamcheese. Letak tepi.
  4. Putar pulak 125gm whipping cream dan 2 sudu gula ising dalam bekas lain. Sampai kental. Kental tu maksudnya bila kita angkat whipping cream tu, dia tak jatuh atau cair.
  5. Sekarang. Satukan adunan creamcheese dan whipping cream tadi. Kaup balikkan aje sampai sebati.
  6. Keluarkan mould cake yang ada base tadi, letakkan adunan cheese ni. Ratakan dan chillkan  selama lebih kurang 4 jam.
  7. Ok. Beralih ke topping dia pulak. Ini paling mudah baki spread dalam botol tadi, cairkan atas dapur. Bila adunan dah sejuk sikit, boleh tuangkan spread ni dalam mould cake tu.
  8. Kat sini kena hati2 sebab kita tuangkan aje spread tu. Nanti ratakan dia dengan cara pegang dan goyangkan mould cake tu ke kiri atau kanan bagi rata semua tempat. Jangan sesekali sentuh dengan sudu or apa2. Untuk ratakan tu untuk dapat effect cun hehe.
  9. Kalau ada bubble, boleh cucuk dengan lidi. Ala, dia macam nak tuang choc ganache atas cheesecake tu. Nak smooth kan so jangan sentuh dia dengan apa2 baru nampak licin topping tu.
  10. Sejukkan kembali dalam peti ais. Ada orang sejukkan kek ni semalaman. Saya buat tengahari tadi. Malam dah potong hehe.
  11. Keluarkan cheesecake, nak hias tu saya guna sudu. Dan ambil 6 keping biscoff biskut untuk dihancurkan dan tabur keliling guna sudu.
  12. Cara potong pulak, rendam pisau dalam air panas baru potong. Setiap kali nak potong, cuci pisau dan rendam semula dalam air panas. Buat camtu sampai siap.

SELAMAT MENCUBA!

** Biskut lotus biscoff boleh beli di lazada atau shopee. Begitu juga dengan spreadn. Yang dah siap dihancurkan pun ada juga. Lagi mudah.

Kredit : Resepi The Cooking Foodie  & Daily Makan

 

Share.

Leave A Reply