Resepi Kebab Ayam | Sebut saja kebab, mesti teringatkan pasar malam depan rumah kan. Terasa lama sangat tak jejak kaki dekat pasar malam. Ya lah, dengan keadaan yang tak berapa mengizinkan sekarang ni. Tapi jangan risau, ni ha, ada resepi kebab ayam untuk hampa cuba buat sendiri dirumah. Jom usha.
Bahan-bahan:
Roti ( pita/bun/ gardenia)
200g ayam kisar
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah
1 biji tomato
1 biji timun
1 biji lobak merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos black pepper
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
Cara membuat:
- Potong bawang, tomato, timun dan lobak bentuk dadu.
- Di dalam kuali masukkan ayam kisar masak sehingga garing sedikit.
- Selepas itu masukkan minyak dan bawang tumis hingga naik bau.
- Masukkan lobak dahulu supaya lobak lembut.
- Masukkan sos tiram, sos blackpepper, sos cili dan sos tomato.
- Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan sayur- sayur tumis hingga sebati.
- Dah siap inti ketepikan.
- Untuk roti sapukan sedikit planta masukkan inti tadi tuangkan sos cili dan mayonis. Dah pun siap.
Kredit: Masak Ke Tak
Ha, senang kan cara nak buat kebab ni? Selalu kalau teringin, mesti cari dekat pasar malam. Sekarang dah boleh buat sendiri dah. Ha, tunggu apa lagi? Resepi dah ada. Jom la cuba buat sendiri.