Resepi Bebola Mozzarella

| June 22, 2020 | 0 Comments

Resepi Bebola Mozzarella | Dengar nama pun dah terbayang kesedapannya. Apatah lagi bila dah ada depan mata kan. Kalau asyik beli saja pokailah macam ni. Jom kita cuba buat sendiri. Senang saja caranya kalau nak buat. Boleh goreng buat menu sampingan nanti untuk makan tengahari. Ha, tengok resepi ni.

Bahan-bahan:

2 biji kentang

200g ayam kisar

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk perasa

1 sudu kecil lada hitam

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

Mozarella cheese

1 biji telur

Breadcrumbs

 

Cara membuatnya:

  1. Rebus kentang hingga empuk.
  2. Lenyekkan kentang kemudian masukkan ayam kisar,garam,serbuk perasa dan lada hitam gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan baking powder dan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan.
  4. Cheese mozarella dipotong dadu.
  5. Ambil sedikit adunan masukkan mozarella cheese kemudian bulatkan seperti bebola.
  6. Celupkan bebola tadi ke dalam telur kemudian guling-gulingkan ke dalam serbuk roti
  7. Panaskan minyak dengan api sederhana,goreng bebola mozarella hingga kekuningan.
  8. Boleh dihidang bersama sos cili dan mayonis.

Kredit: Masak Ke Tak

Ha, senang kan caranya? Petang ni dah boleh buat untuk kudapan seisi rumah. Mesti anak-anak suka punya lah. Comfirm suruh ibu buatkan lagi. Kalau nak goreng waktu sarapan pagi pun boleh. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *