Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak

| June 22, 2020 | 0 Comments

Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak | Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua harap semuanya berada di bawah lindungan Allah S.W.T. Baiklah siapa tahu saya nak share resepi apa? Haa, saya nak share resepi dari Perak. Menu yang saya nak sharekan kepada anda semua adalah Bubur Anak Lebah. Bubur anak lebah amat popular di kawasan Perak Tengah terutamanya di kawasan Bota dan rata-rata orang lama sahaja yang tahu resipi bubur anak lebah ini. Ha jangan terkejut pula anak lebah dijadikan sebagai bahan asas menu tersebut. Bubur anak lebah ini diperbuat daripada tepung dan dibentukkan rupanya menjadi seakan-akan anak lebah. Menurut penduduk tempatan lama di Bota, bubur anak lebah ini kebiasaannya dihidangkan untuk majlis-majlis selepas ibu baru habis berpantang. Antara majlis yang dimaksudkan adalah majlis naik buai, majlis cukur jambul, majlis akikah dan lain-lain yang berkaitan. ramai yang tidak mengenali bubur anak lebah ini dan makin lama makin pupus. Ada yang mengatakan cara pembuatan bubur ini sangat renyah dari segi pembuatan tradisional. Kini, semuanya moden belaka boleh buat sendiri tau. Jadi tanpa membuang masa, mari kita  memulakan resepi ini.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan | simpul
  • 1 sudu sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
  2. Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
  3. Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
  4. Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
  5. Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Resepi Bapak Masak Apa

 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *