Resepi Telur Masak Paprik

| June 24, 2020 | 0 Comments

Resepi Telur Masak Paprik | Selalu kalau masak paprik ni, mesti orang ingat ayam dan daging saja yang boleh buat paprik. Ha, jangan terkejut, telur pun boleh buat masak paprik tau. Dekat kedai makan pun cuma ada ayam atau daging paprik saja. Apakata kita cuba resepi baru pulak. Sesiapa yang belum tahu lagi macam mana rasa dan rupa telur paprik tu, mai la cuba resepi ni.

Bahan-bahan:

6 biji telur

2 tbsp cili kisar

2 tbsp sos tiram

2 tbsp sos cili

1 tbsp kicap pekat

1 biji bawang

5 helai daun limau purut

1 tbsp sos ikan

Sedikit air

Jagung muda

Cili padi

Cili hidup

 

Cara-cara:

1. Rebus telur sehingga masak, kemudian kupas dan ketepikan.

2. Potong bawang, jagung muda dan cili. Ketepikan.

3. Di dalam kuali, goreng telur rebus dengan sedikit minyak sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

4. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos ikan. Kacau rata dan masukkan sedikit air.

5. Apabila menggelegak, masukkan jagung muda dan bawang. Biar menggelegak seketika.

6. Carikkan daun limau purut dan masukkan cili. Perasakan sesedap rasa.

7. Akhir sekali, masukkan telur dan biar hingga pekat. Paprik telur sedia dihidang.

 

Kredit: Seminit Resepi

Ha, senang saja kan caranya? Bahannya pun tak banyak sangat. Untuk yang dah tak tahu nak masak menu apa untuk tengahari ni, bolehlah cuba masak telur paprik pulak. Resepi dah dapat kan? Jom la cuba buat.

 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *