Popiah Bergedil Rangup dan Enak | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap anda semua berada dibawah lindungan Allah S.W.T. Baiklah hari ini saya nak berkongsi tentang resepi rangup di luar dan lembut di dalam. Nak tau resepi apa? Haa resepi yang saya nak kongsikan adalah resepi Popia begerdil. Kita asyik makan tauhu begerdil je kan. Kali ini kita akan membuat menu popia begerdil lagi sedap dan rangup tau. Bila makan boleh krup krap lagi tau. Ha tanpa membuang masa marilah kita mencuba resepi rare ini. Jom kita mulakan.

Bahan Bergedel:

  • Kentang direbus sampai empuk & dilenyek
  • Mixed vege rebus/celur sekejap
  • Ayam/Daging hancur yang dimasak
  • Bawang goreng
  • Daun Sup
  • Lada sulah/lada hitam secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Gaul kesemua bahan, ikut banyak mana nak la ye.

Kulit Popiah:

  • Gulungkan isi bergedel
  • Gamkan hujung menggunakan air kosong

Cara Masak:

1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana perlahan. Minyak betul-betul panas, celupkan popiah dalam telur dan masukkan dalam kuali.

2. Terbalikkan untuk masak yang sekata sehingga warna keemasan macam dalam gambar ni. Angkat dan tapis minyak.

3. Boleh hias dengan cili potong, bawang goreng dan makan dengan cili kicap. Marvellous! Hehehe.

Nota:

  • Kalau buat lebih dan simpan dalam peti, keluarkan dalam 30-40 minit untuk kulit lembut semula sebelum goreng. Kalau keras kejung nanti mudah pecah masa goreng.
  • Api pun kena control supaya tak mudah pecah semasa menggoreng.
  • Tapi kalau dah buat lebih, jangan lupa bagi jiran sebelah rasa.

Kredit: Resepi Tebuan Channel & Resepi Bonda

Share.

Leave A Reply