Luahan Doktor Buat Ramai Sebak, Sudah Tidak Mampu Selamatkan Pesakit Muda Covid-19

| August 2, 2021 | 0 Comments

Luahan Doktor Buat Ramai Sebak, Sudah Tidak Mampu Selamatkan Pesakit Muda Covid-19 | Kes Covid-19 di Malaysia dilihat terus meruncing selepas dilaporkan berlaku penyebaran varian baru yang dikenali sebagai Varian Delta sehingga mampu merebak dengan cepat iaitu seawal 15 saat.

Luahan Doktor Buat Ramai Sebak, Sudah Tidak Mampu Selamatkan Pesakit Muda Covid-19

Berikutan itu, para frontliners juga dilihat tidak dapat menahan sebak selepas mereka dikatakan sudah tidak mampu untuk selamatkan pesakit muda yang dijangkiti varian baharu Covid-19.

Melalui satu luahan oleh seorang doktor, Hana Hadzrami menerusi Awani, beliau menyatakan bahawa ramai pakar serta doktor sudah mula menangis dan kecewa kerana mereka sudah tidak mampu menyelamatkan pesakit Covid-19 akibat cabaran varian baharu yang menyerang pesakit dengan cepat.

Apa yang lebih menyedihkan adalah pesakit yang dijangkiti tersebut masih muda namun akibat varian baharu ini ia telah menyebabkan paras oksigen darah telah turun dengan mendadak.

Beliau menceritakan kisah salah seorang pesakit beliau yang telah meninggal akibat Cardiac arrest ketika dalam proses telangkup serta intubated akibat varian baharu Covid-19. Pesakit yang berusia awal 40-an tersebut adalah seorang balu dengan dua orang anak justeru beliau dan pasukannya bertindak sangat berwaspada dalam merawat pesakit ini.

Tambahnya lagi,  sewaktu pesakit tersebut dimasukkan ke ICU, dia telah diberi peluang untuk membuat video call bersama anaknya yang disangka sudah dewasa namun, ia memilukan setelah mendapati bahawa dua orang anak kepada pesakit tersebut hanya baru berusia 15 dan 12 tahun.

Hana turut berkongsi tentang kisah pesakit ini dimana kedua-dua anaknya tidak mempunyai sedara-mara sama ada atuk atau nenek bahkan ayah mereka juga sudah lama meninggal dunia. Menurut kisah tersebut, kedua-dua beradik ini hanya mengharapkan bantuan jiran selepas mereka bersikap baik hati membantu menghantar makanan semenjak ibu mereka memasuki wad.

Ketika pesakit tersebut tidak berjaya diselamatkan, Hana menjelaskan bahawa beliau sebak dan mengeluarkan air mata kerana dalam fikirannya tidak terlintas bagaimana anak kepada pesakitnya yang berusia 15 tahun itu tahu bagaimana menguruskan pengebumian ibunya.

Namun, Hana memberitahu bahawa kesedihan itu tidak bertahan lama selepas setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun) menyebabkan beliau sibuk menguruskan pesakit sehingga pagi.
Menurut pakar dan doktor menerusi awani, varian ini sudah tidak mengenal usia selepas dilpaorkan usia 20-30 tahun juga boleh meninggal secara tiba-tiba di depan mata sehingga menyifatkan vairan tersebut sebagai licik. Frontliners juga berasa sedih namun tidak sempat untuk mereka berduka. Segala keperitan mereka hanya disimpan jauh dilubuk hati supaya hati mereka sentiasa ‘keras dan kebal’ dalam menjalankan tugas.
Sampai bila?
Moga rakyat Malaysia tabah dan terus kekal menjaga SOP lebih ketat lebih lagi dengan varian baharu ini yang lebih cepat merebak.
Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *