Malaysia Bakal Berhadapan Gelombang Baharu Covid-19 Disember Ini| Rakyat Malaysia dikhabarkan perlu ‘berjaga-jaga’ berikutan amaran yang telah dikeluarkan oleh Pegawai perubatan berkenaan gelombang baharu Covid-19 dijangka membadai negara pada Disember depan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Please be aware that we are expecting next COVID-19 wave in December 2021.There will be surge of cases for the next 2 weeks. Covid Centre is in preparation to anticipate the next wave. Our Active wards / ICU are full with Category 4 & 5 patients.— AzfarKamal (@Azpapip) November 16, 2021
Menerusi perkongsian di Twitter Dr Azfar Kamal yang merupakan salah seorang petugas perubatan Hospital Sungai Buloh, dijangka bahawa akan berlakunya lonjakan kes dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menurutnya, pusat Covid-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu selepas dikhabarkan wad serta unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit Covid-19 kategori empat dan lima.
Beliau memberi pesanan kepada orang ramai agar amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa. Manakala bagi individu yang bakal berada di luar negara diingatkan supaya dapatkan dos penggalak segera dan jaga diri.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa kes melibatkan positif Covid-19 telah menunjukkan peningkatan sejak minggu lalu susulan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri sempena cuti Deepavali selain hampir semua sektor dibenar kembali beroperasi.
Sumber: Twitter