Masjid Dan Surau Di Selangor Masih Kekal Solat Berjarak, Ikut SOP | Khalifah Media Networks – Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian untuk solat berjarak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Masjid Dan Surau Di Selangor Masih Kekal Solat Berjarak, Ikut SOP

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketetapan dibuat pihak autoriti agama. Terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dinasihatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Bagaimanapun menurutnya, makluman tentang ketetapan baharu berkenaan SOP solat tersebut akan diberitahu kelak jika terdapat sebarang perubahan mengenainya.

“Ini (solat berjarak) adalah ketetapan yang dibuat oleh pihak autoriti agama. Terutama Sultan Sharafuddin yang dinasihatkan oleh pihak berkepentingan. Termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mufti, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain-lain.

“Setakat ini, tidak ada perubahan dari segi pelaksanaan dan masih kekal aturan semasa. Jika terdapat ketetapan baharu, kami akan maklumkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan negeri Perlis mula merapatkan saf solat di semua masjid negeri tersebut bermula Sabtu.

Menurut laporan tersebut, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan berkenaan mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri tersebut.

Sumber : Sinar Harian 

 

Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter | Khalifah Media Networks – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP). Bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu. Dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini.

Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana.

Baca selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply