Lelaki Jepun yang dikenali sebagai Toco, sentiasa ingin menjalani hidup sebagai haiwan dan akhirnya dia ‘berjaya’ menunaikan impian tersebut dengan menjadi ‘anjing’.

MENGEJUTKAN! Lelaki Berjaya Tunai Impian Jadi 'Anjing'. Rupa-Rupanya...

Impiannya itu direalisasikan oleh bengkel kesan khas Zeppet dengan menyiapkan kostum khas anjing ultra-realistik.

Kostum khas anjing itu dapat digunakan untuk menyembunyikan kerangka manusia serta membolehkannya berfantasi.

Menurut Odditycentral, Zeppet mengenakan bayaran kira-kira dua juta yen (kira-kira RM690,000) kepada Toco untuk mencapai impiannya itu.

Keputusan akhirnya sangat mengagumkan apabila Toco bertukar menjadi anjing jenis Rough Collie.

Malah, lelaki itu dengan bangganya turut berkongsi foto dan video dirinya memakai kostum anjing itu.

“Saya rasa membazir jika saya seorang sahaja yang berpuas hati (dengan hasil kostum).

“Jadi saya berkongsi kegembiraan ini dengan menyiarkan video dan gambar di Twitter serta di saluran YouTube,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka perkongsiannya ini memberi kesan yang hebat kepada orang ramai.

Toco berkata, ia adalah sesuatu yang ‘sukar’ untuk dijawab ketika ditanya mengapa dia mahu menjadi haiwan.

Kisah luar biasa Toco mendapat perhatian di Jepun serta disiarkan di rancangan televisyen nasional seperti Nippon TV ‘Sôkai jôhô variety Sukkiri!’.

Di media sosial, maklum balas tidak dapat disimpulkan apabila sesetengah orang bergelut untuk memahami keinginan Toco menjadi haiwan.

Pendapat lain mengatakan, selagi Toco tidak menyakiti sesiapa, apa yang dilakukannya hanya untuk kepuasan peribadinya.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

 

Share.

Leave A Reply