Menteri Agama Beritahu Berita Baik Berkenaan Umrah Tahun Ini | Khalifah Media Network – Ramai Umat Islam di Malaysia pasti gembira dengan berita yang disampaikan oleh Menteri Agama ini berkenaan Umrah. Baca selanjutnya..

BOLEH TUNAI UMRAH

Marang – Umat Islam di negara ini dijangka dapat kembali menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hasrat tersebut boleh direalisasikan seawal dua bulan lagi. Sekiranya kadar vaksinasi nasional meningkat dan pada masa sama, kes positif Covid-19 dapat diredakan.

“Kita harap isu berkaitan dengan penyebaran Covid-19 ini dapat diredakan dengan sebaik mungkin, pada masa sama vaksinasi dapat diperbanyakkan lagi.

“Kalau hal ini dapat diselesaikan dengan baik, insyaAllah rakyat Malaysia dapat mengunjungi rumah Allah (Kaabah) dalam tahun ini.” Katanya ketika ditemui selepas memantau pembinaan Madrasah Darul Quran, Rusila di sini hari ini.

Zulkifli berkata, kebenaran umah Islam di negara ini untuk menunaikan ibadah umrah masih bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kebenaran itu bergantung kepada situasi Covid-19 di negara ini dan negara yang hendak dikunjungi iaitu Arab Saudi.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qattan mengesahkan Malaysia tersenarai antara 49 buah negara yang diberi kelulusan bagi tujuan pelancongan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

Zulkifli berkata, walaupun kes jangkitan positif Covid-19 masih tinggi, Malaysia diberi kepercayaan oleh Arab Saudi untuk membuka pintu negaranya. Bagi tujuan pelancongan disebabkan kadar vaksinasi yang amat pantas. Maka tahun yang akan datang mereka menerima jemah-jemaah haji untuk melakukan ibadah haji.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply