Kisah Aku Ditindih SESUATU Ketika Tidur. |Assalammualaikum w.b.t. Dalam page ini aku akan menceritakan kisah pertama aku kepada korang semua.

 

Ditindih

Malam yang tenang jangan disangka tiada pemerhati. Aku memang diberi kelebihan. Aku dapat merasakan sesuatu kalau malam tu memang malam yang akan terjadi something.

PADA MALAM KEJADIAN

Jadi, pada malam tu, aku tidur dalam pukul 11.30pm. Seperti biasa aku akan buka ayat al-Quran atau surah2 lain dan letakkan disebelah bantal. Biar senang tidur sebab aku memang susah nak tidur. Setiap malam, berlalu dengan baik dan tibalah pada satu malam ni.

Sebelum tidur memang la dah siap semua. Surah on, solat done, katil (alamak tak kebas) ok. Malam tu aku memang payah nak tidur.

Pusing kiri, pusing kanan, terlentang, meniarap. SUSAHNYA. Aku memang rasa tak sedap hati dah ni. Fikiran malam tu memang tak searah.

Bayangan entiti kerap muncul dalam fikiran. Biasanya bila dah macam tu aku memang dah tak tidur dalam bilik, aku terus pindah tidur berteman dengan mak aku.ditindih

MAK AKU TAK ADA

Sampai mak aku pelik kadang2 kenapa aku bila malam baring kat bilik tapi bila pagi tiba2 muncul sebelah mak aku.

Tapi malam tu, mak aku tidur rumah kakak dia. Aku pun terpaksa lelapkan mata juga. Tekak terasa haus pulak aku pun turun ke dapur dan minum sekejap dalam keadaan gelap samar dengan ditemani cahaya peti sejuk.

Dah aku pun naik la. Jenguk abang aku, erm dah tidur. Aku pun gi la baring kat bilik aku. Paksa tutup mata dan lelapkan mata.ditindih

Aku mimpi, rumah aku tiba2 penuh sesak, nak tidur pun tak muat terpaksa bersilang2 nak tidur. Memang tak selesa. Sampai aku terpaksa tidur berdekatan dengan meja makan.

Tiba2, aku rasa kaki aku ditarik, direntap ke bawah meja oleh salah seorang jelmaan dalam mimpi aku. Aku pandang belakang, rambut dia serabaiii dengan basah penuh darah.

AKU CUBA MELAWAN

Dengan dia jerit2 nyaringg, pernafasan aku terhenti, suara aku tak keluar. Dalam hati, aku kuatkan diri melawan tarikan tu sambil baca ayat kursi.

Habis je baca ayat kursi, aku tersedar kaki aku seperti baru lepas direntap sebab aku rasa kaki aku lemah, jantung aku kencang, peluh diseluruh tubuh seolah2 baru lepas marathon.

Aku terus bangkit dan turun ke ruang tamu. Bawak sekali bantal ngn selimut. Dah jadi macam tu memang tak la aku nak terus tidur kat katil tu.

Lagipun orang kata kalau dapat mimpi buruk, terus ubah kedudukan tidur, aku takde ubah2 dah terus pindah.

Tiber, nak tidur tu, alamak aku tidur macam situasi aku dalam mimpi tadi berdekatan dengan meja makan. Terus aku baca2 3 Qul, Ayat Kursi, dan mengucap .

Alhamdulillah takda apa jadi. Tapi,…..Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita lain aku sambung dalam entri lain ya . Assalammualaikum. W.B.T.

Perkongsian daripada Cik Syamimi.

Sumber : Kisah Misteri

Share.

Leave A Reply