Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Monkey Pox Tersebar Ke Malaysia. Benar Atau Palsu? Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox) di negara ini. Orang ramai dinasihati tidak menularkan berita yang tidak benar, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang didakwa dijangkiti itu untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu, jika berkaitan penyakit atau masalah kesihatan lain. Baca seterusnya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox), di negara ini.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata, ini termasuk kes membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

“Sekiranya gambar itu benar, waris kepada kanak-kanak berkenaan dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya menerusi entri di Facebook hari ini.

Orang ramai pula, katanya, dinasihati tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang didakwa dijangkiti itu untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu, jika berkaitan penyakit atau masalah kesihatan lain.

Satu gambar kanak-kanak tular di media sosial hari ini yang dikaitkan kononnya kes dijangkiti virus cacar monyet di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menjelaskan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

Beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad.

Media melaporkan wabak cacar monyet direkod di beberapa negara benua Eropah seperti United Kingdom (UK), Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman, selain Amerika Syarikat (AS), Kanada serta Australia.

Setakat semalam, lebih 100 kes dilaporkan sama ada yang disahkan mahupun disyaki, kebanyakan jangkitan tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu.

Laporan awal menyatakan sebahagian kes terbabit mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan pesakit cacar monyet.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply