Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Najib Dibenar Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport- Mahkamah | Mahkamah rayuan dilaporkan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas mendapati bekas perdana menteri itu telah mengemukakan alasan munasabah dalam permohonannya, baru-baru ini.

Najib Dibenar Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport- Mahkamah

Tiga panel hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata, mahkamah tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk meluluskan permohonan itu sekiranya tiada alasan munasabah diberikan.

Menurut penjelasan beliau, Mahkamah telah membaca permohonan pemohon (Najib) dan afidavit sokongan. Saya percaya alasan diberikan pemohon adalah munasabah dan disebabkan itu, pihak pendakwaan tidak membantah. Jika tiada alasan munasabah, mahkamah akan disalah tanggap dan dilihat sewang-wenangnya memberi kebenaran.

Beliau turut memberitahu pemohon bahawa tiada alasan kali ketiga diberikan. Kali pertama, alasan untuk melawat anak perempuan bersalin di Singapura dan hari ini, permohonan kali kedua untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Namun begitu, setelah meneliti  alasan munasabah diberikan, mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan pasportnya perlu dikembalikan kepada mahkamah pada atau sebelum 6 Disember ini, menurut Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.

Terdahulu, Najib, 68, memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah dari 20 Okt sehingga 22 November kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan melahirkan anak kedua, dua hari lepas (Isnin).

Ahli Parlimen Pekan itu dalam afidavit sokongannya berkata, beliau juga diamanahkan untuk membantu jentera UMNO menghadapi PRN Melaka pada 20 Nov ini memandangkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu, akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tulang belakang.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee memberitahu panel, jadual perjalanan Najib ke Singapura terpaksa diubah kerana beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Ahmad Zahid ketika PRN Melaka.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply