Padah Benar Pelanggan Makan Di Kedai, Pemilik Premis Dikompaun | Seperti yang kita sedia maklum, setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semestinya semua premis kedai makan tidak dibenarkan untuk pelanggan makan di kedai sebaliknya hanya ‘takeaway’ sahaja.

Padah Benar Pelanggan Makan Di Kedai, Pemilik Premis Dikompaun

Jempol: Sebuah kedai makanan di Taman Desa Puteri, Bahau, di sini, dikompaun sebanyak RM10,000 susulan dikesan membenarkan perlanggan makan di dalam kedai semasa Operasi Pematuhan prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di sini, semalam.

Dikatakan dalam operasi pada pukul 11.10 pagi berkenaan, selain pemilik kedai yang berusia 43 tahun dikenakan kompaun, dua lelaki berusia lingkungan 19 dan 21 tahun turut dikompaun susulan kesalahan makan di dalam kedai dalam tempoh perlaksanaan PKP 3.0.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, pemilik premis berkenaan turut dikompaun atas kesalahan gagal memastikan perlanggan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti membenarkan makan di kedai dan tiada penjarakkan fizikal.

Beliau berkata, secara keseluruhanya dalam operasi yang dilaksanakan semalam, dua premis dikompaun dengan nilai RM10,000 setiap premis dan enam individu, lima daripadanya di kedai makan dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang atas kesalahan perlanggaran SOP PKP 3.0.

“Sebuah lagi premis yang dikesan melakukan kesalahan ialah di Pasar Borong Bahau apabila pemilik premis berusia 29 tahun gagal menghadkan bilangan pelanggan yang berada dalam premis dengan penjarakan satu meter antara satu sama lain,” katanya sempena Operasi Khas Op. Covid-19 Pematuhan SOP PKP 3.0, di sini, semalam.

Sementara itu, Chang Hook berkata, kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka dan gagal mendaftar masuk ke dalam premis.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Kosmo

 

 

Share.

Leave A Reply