Pemandu Teksi Guna ‘Tangkal’ Elak Dijangkiti Covid-19 | Peningkatan kes Covid-19 di dunia semakin meningkat. Oleh itu, terdapat ramai yang cuba untuk melakukan pelbagai ikthiar seperti duduk di rumah untuk menggelakkan jangkitan. Namun, agak berbeza buat pemandu teksi di Thailand apabila mereka  menggunakan ‘tangkal’ azimat untuk mengelak dari di jangkiti Covid-19.

Pemandu Teksi Guna Tangkal Elak Dijangkiti Covid-19

Menurut salah seorang pemandu teksi, Sopee Silpakit, 65, berkata dia menggunakan cara tersebut untuk melindungi diri memandangkan pekerjaannya banyak mendedahkan diri dengan orang awam.

Katanya, dia berdoa pada tangkal itu setiap hari dan meminta supaya virus Covid-19 itu tidak mendekatinya.

Tambah Silpakit, dia percaya tangkal itu boleh melindungi dirinya serta mengekalkan kesihatannya.

Kebanyakkkan masyarakat Thailand merupakan pengganut agama Buddha dan mereka mempunyai kepercayaan yang pelik seperti keuntungan dan nasib baik boleh didapati dari benda yang diberkati.

Sementara itu, Silpakit yang mempunyai lebih daripada 100 objek diberkati di dalam kenderaannya berkata dia menjadi lebih yakin teksinya bebas daripada virus jika menyimpan tangkal tersebut.

katanya, dia tidak kisah berapa pun harga tangkal yang ada di dalam teksi ini.

Seorang lagi pemandu teksi, Wasan Sukjit berkata koleksi tangkal termahal yang dimiliki berharga antara 10,000 baht hingga 20,000 baht (RM1,316 hingga RM2,632).

Katanya, meskipun begitu perlindungan sebenar untuk mencegah Covid-19 tentulah pemakaian pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply