Panas Baran Tiada Ubatnya | Bismillah Asalamualaikum. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu kemana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini. Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.
Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar), berusia 28 tahun
dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun. Ceritaku ini
adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang panas baran. Ya, panas
baran yang teramat.
Suamiku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah.
Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu
sikap panas baran nya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah
bergelar sebagai isterinya.
Sikap panas barannya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam
untuk bersarapan. Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga
bangladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu
kita.
Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus
makanan sampai, suamiku terus menegking pelayan tersebut. Hanya alah
saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu.
Itu baru permulaan, pernah juga beliau menegking dan mencarut kepada
staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat. Disebabkan
itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu,
berkali kali aku minta maaf padanya bagi pihak suamiku.
Kalau dirumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari a to z aku yang
harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang
raja. Pernah aku mempelawa nya untuk menolongku menjemur kain aku
ditengking bagai singa tengah kelaparan.
Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawa nya. Walaupun rumah dah siap
dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat ku
duduk berehat.
Pasti ada saja yang akan dia suruh ku buat sambil membebel panjang.
Pernah juga aku curi-curi duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat
dan kaki ku sudah ‘cramp’.
Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika dirumah kerana dia akan
marah dan ugut untuk menghancurkan handphone ini. Nak call parents
dikampung pun dia tak suka, taktahu apa masalah pada dia.
Aku juga pernah dipukul dan ditumbuk. Hanya kerana aku ingin pulang
dengan segera untuk menyiapkan kertas kerjaku.
Berkali kali aku ditumbuk didalam kereta seolah-olah beliau betul betul
mahu ku m4ti pada malam itu. Lebamnya sangat jelas kelihatan pada
keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.
Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia
suami, dan dia layak selayaknya melakukan apa saja padaku.
Anak-anak suamiku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang
kerumah kami pada waktu yang ditetapkan. Pada awalnya anak-anaknya ok
dengan ku tapi makin lama, makin kurang ajar.
Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar
padaku. Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus
gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan?
Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan
tidak membuang sampah merata didalam rumah? Masing-masing berumur 11-12
tahun sudah pastu boleh memahami dengan baik.
Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan
dan cucikan. Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat,
apatah lagi nak horm4ti ku sebagai orang yang lebih tua.
Kata suami ku, ‘biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat’. TAPI
SAMPAI BILA? umur sudah belasan bukan kanak-kanak tadika.
Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan ku dimarahi semula. Kerana
apa? Kerana beliau lebih lama hidup dariku dan lebih banyak pengalaman.
Bab nafkah juga suamiku seorang yang bakhil. Segala perbelanjaan aku
sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji
dan lebih mampu darinya…’ sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah,
bill-bill aku juga yang tanggung.
Pernah juga aku meminta RM200 sebulan at least lepas bahagian bill
elektrik dan jawapannya disudahi dengan amukkan dan makian. Dia hanya
keluar duit RM400 sebulan untuk anak-anaknya.
Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye. Bukan dirinya tak
mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada
sahaja baju atau kasut baru dibeli nya.
Suamiku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya. Kereta yang digunanya
kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa
bersalah. Banyak kali diminta untuk ditukar nama, mana mahunya dia.
Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan
kehidupan orang lain. Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya
kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank.
Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak
mahu nama ku juga termasuk dalam senarai ctos.
Aku juga seringkali dimalukan di khalayak ramai oleh suamiku. Aku pernah
diludahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku
sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.
Semua mata melihat ke arah kami, mamak mamak kat situ pun tengok aku.
Mereka mau tolong aku, tapi takut. Aku hanya mampu diam dan menunduk
layu. Dihati berdoa agar tiada sesiapa yang merecord kejadian tadi.
Risau takut viral malu la aku.
Pernah juga aku ditengking ketika makan di seoul garden. Hanya kerana
aku bertanya tidak apa ke kita amik banyak-banyak kerana ada tertulis
akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan.
Suamiku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin. Di pasar
malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika
harga naik dia marah terus pada pelayan.
Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan
kenaikan harga? Makan nak have-have selari dengan penampilan tapi
mengamuk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu.
Dia pernah buli tukang tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu.
Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9
pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.
Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint
kerana dia kemas non stop, dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu
tersebut dan mencampak basikal milik pembantu tersebut kedalam parit.
Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya.
Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan. Aku malu dan
aku sedih mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam
dunia ni dia akan marah.
Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suamiku betul betul
seorang panas baran yang tiada ubatnya. Dengan adik beradik sendiri pun
bergaduh macam perang dunia.
Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana
sikap barannya. Banyak kali beliau bercerita bagaiman dia memarahi
isterinya setiap kali berlaku kesilapan dan bagiku, kesilapan bekas
isterinya adalah sekecil kuman.
Kini, perasaan ku terhadapnya semakin hilang dek kerana terlalu banyak
makan hati atas perlakuannya. Suamiku juga seoran yang tidak solat dan
jarang perpuasa. Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat
perangai menjadikan beliau tidak mahu solat.
Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya
bergantung dengan diri sendiri bukan orang lain. Buat perangai pula
apabila aku seringkali menangis kerana terlalu berkecil hati.
Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia
dapat kurangkan amarah dan baran akan tetapi sekali lagi aku akan
dipersalahkan dan ditengking bagai tiada hari esok.
Sudahnya, aku dimalukan dihadapan kawan-kawan nya kerana beliau suka
mengadu dan memutar belit cerita pada orang lain. Dia lebih suka orang
membenci ku dan memberi pandangan buruk padaku.
Kerana apa? Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam
segala perkara. Walaupun curang dengan mak janda beberapa kali kantoi,
tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk marah. Langsung tiada
hak, hak bersuara apatah lagi marah.
Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang
mendatang. Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sekerat
jalan dan menjalani hidupku sendiri.
Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi
terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.
Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi
membaca. Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak lemas
dalam air mata.
Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat ku bahagiakan
mak ayah dikampung.
Yang benar,
– Yasmin (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions