Sepasang kekasih menyatakan bahawa mereka menemui pisang terbesar di dunia yang dianggarkan mempunyai berat mencecah 3 kilogram, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pasangan Kekasih Jumpa Pisang TERBESAR Di Dunia. Ini Respon Mereka

Menurut mereka, pisang itu memiliki panjang 35.56 sentimeter.

Gabriella Testa, 22, dan teman lelakinya, Ollie Porceddu, 25, perlukan masa dua hari untuk menghabiskan pisang tersebut.

Pasangan itu dalam percutian di Borneo apabila mereka menemui buah raksasa tersebut.

Menurut Porceddu, panjang pisang itu menyamai lengannya.

Pisang bersaiz biasa mempunyai panjang sekitar 20 sentimeter dan berat kira-kira 120 gram sahaja.

Apabila mula-mula melihat pisang itu, mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain.

Menurut mereka, pisang besar itu mempunyai rasa yang tiada beza dengan pisang kecil yang dimakan Porceddu.

Namun, saiznya sungguh besar lantas pelik.

Mereka makan keseluruhan pisang itu dan mengambil masa dua hari untuk menghabiskannya sehingga terlalu kenyang pada waktu malam.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply