Pegawai Dr Maszlee Di Simpang Renggam Positif Covid-19 | Terkini Dr Maszlee sahkan seorang pegawainya di Pejabat Parlimen Simpang Renggam telah positif Covid-19. Baca selanjutnya untuk ketahui perincian kejadian.

Siapa Ada Kontak Langsung Segera Pergi Ke Hospital

Dimaklumkan di sini seorang Pegawai Pejabat Parlimen Simpang Renggam, Haji Sariff Bin Mohyin berusia 64 tahun telah disahkan menghidap wabak Covid-19 pada 17/3/2020.

Pihak Pejabat Parlimen telah mengikut prosedur biasa. Seluruh bangunan Pejabat Parlimen Simpang Renggam termasuk Pejabat BERSATU Bahagian Simpang Renggam akan disteril.

Sesiapa yang mempunyai kontak langsung dengan Haji Sariff selepas 11 Mac samada di rumah atau di hospital dimohon agar segera menjalani pemeriksaan Covid 19 dan melakukan pengasingan diri selama dua minggu di rumah masing-masing.

Selepas 11 Mac, Haji Sariff sudah tidak lagi masuk ke pejabat kerana kurang sihat.

YB Dr Maszlee juga sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memaklumkan hal ini dan melaporkan senarai tempat awam yang pernah beliau kunjungi.

Kami akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai keadaan Haji Sariff dan sebarang info mengenai tempat yang pernah beliau kunjungi.

Kami mohon agar rakyat Simpang Renggam tidak panik dan sentiasa berhati-hati. Amalkan penjarakan sosial, duduk rumah dan segera jalani pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Kami juga mohon agar semua mendoakan kesihatan Haji Sariff.

Sama-samalah kita, rakyat Malaysia, bersatu padu melawan Covid-19 ini.

Sumber: FB Dr Maszlee

Share.

Leave A Reply