Pekerja Pembersihan Tikam Kawan Sebab Gaji Kutip Sampah Tak Adil | AMPANG JAYA – Gara-gara tidak puas hati jualan sampah dikumpul tidak dibahagi sama rata, sekumpulan lelaki warga asing bertindak menikam rakan senegara di Tepi Jalan Pandan Cahaya 2/2, Pandan Cahaya, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga pekerja pembersihan ditikam sekitar pukul 10 malam.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9 malam ketika mangsa baru sahaja pulang daripada majlis kenduri rumah majikannya di Kampung Pandan dan terus ke Jalan Cahaya untuk memandu lori sampah.

Dicederakan 5 rakan sekerja

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didatangi sekitar lima rakan sekerjanya yang juga warga asing lalu mencederakan mangsa di sebelah kiri pipi dan lengan kiri mangsa sehingga berdarah dengan menggunakan pisau.

“Sejurus itu, kesemua suspek terus melarikan diri dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bawah lengan sebelah kiri serta pipi sebelah kiri sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, Azam memaklumkan unit forensik dari Bukit Aman yang hadir ke tempat kejadian berjaya menjumpai sepasang kasut dan sebilah pisau berhulu hitam serta empat kesan darah di atas jalan.

Katanya, punca kejadian adalah disebabkan isu tidak puas hati berkenaan gaji yang diterima hasil daripada kerja memungut sampah tidak dibahagi sama rata.

“Bertindak atas siasatan dilakukan, sekitar pukul 5.10 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya menyerbu suspek di sebuah Flat di Taman Impian Warisan, Hulu Langat, kelmarin.

Positif dadah

“Lima lelaki warga asing berusia 23 hingga 27 tahun diberkas manakala dua orang suspek positif methamphetamin.

“Kesemua mereka didapati tidak bekerja dan tiada rekod kesalahan lampau. Reman terhadap semua suspek sehingga Rabu ini,” katanya.

Justeru, Azam memaklumkan pihaknya masih mengesan rakan sejenayah suspek yang turut berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Geram Dibandingkan Dgn Bekas Isteri, Wanita Tikam & Bakar Kereta Suami | BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Chon Buri, Thailand menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.

Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36,  dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.

Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.

Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.

“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.

“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.

Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36,  dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.

Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.

Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.

Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply