Punca ketidakselesaan pengunjung di gerai makan di kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) di Jalan Batas Baru berpunca dari longkang tersumbat dengan sisa makanan dan bahan buangan, termasuk minyak masak kotorĀ  sejak awal tahun lalu.

Selain longkang sepanjang kira-kira 800 meter tersumbat, penutupan tandas awam dan kerosakan kerusi dan meja makan dikatakan punca pengunjung semakin berkurangan.

Tinjauan di belakang gerai makan yang dibina Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati longkang dipenuhi dengan lemak, sisa makanan dan minyak dipercayai dibuang peniaga.

Keadaan longkang yang tersumbat dengan pelbagai bahan buangan punca aliran air tersekat menyebabkan ia berbau busuk sehingga merimaskan pengunjung.

Seorang penjawat awam, Azli Abdul Rahman, 38, berkata gerai makan dalam kawasan TLK itu menjadi tumpuan penjawat awam selain orang ramai untuk makan dan minum.

Gerai di lokasi lain jauh menyebabkan kawasan itu menjadi pilihan, walaupun terpaksa berdepan bau busuk ketika bersarapan, kata Azli.

“Tindakan MBKT menutup tandas awam yang terletak di kawasan berhampiran gerai juga punca berlaku kekurangan pelanggan,” katanya.

Beberapa peniaga gerai mengakui pernah mengadakan gotong-royong membersih longkang, tetapi sistem pengaliran punca air tidak dapat mengalir.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed, berkata MBKT sebagai pemilik gerai perlu segera menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, tandas awam di kawasan itu terpaksa ditutup disebabkan menghadapi masalah sama iaitu saliran air tersumbat.

“MBKT diminta membuat penyusunan jadual melakukan kerja pembersihan termasuk membaik pulih kerosakan sistem perparitan bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna.

“Pemilik kedai makan juga perlu bekerjasama iaitu menggunakan alat penapisan bagi mengasingkan sisa makanan daripada mengalir ke dalam longkang,” katanya.

“Pemilik kedai makan juga perlu bekerjasama iaitu menggunakan alat penapisan bagi mengasingkan sisa makanan daripada mengalir ke dalam longkang,” katanya.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk menjaga kebersihan dengan membuang sampah atau bahan buangan ke tong sampah yang telah disediakan.

 

Sumber : Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply