Pendakwah Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Perpindahan Roh. Ini Penjelasan Beliau | Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Muhd Zainul Asri Mohd Romli semalam tampil menarik balik kenyataannya berkenaan perpindahan roh manusia yang meninggal dunia ke jasad manusia yang masih hidup baru-baru ini.
Muhd Zainul Asri berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan memaklumkan kenyataan itu diambil dari gurunya.
“Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya ‘naqal’ (ambil) daripada guru saya.
“Saya minta maaf kepada semua masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini. Jangan dipanjangkan lagi saya tarik balik (kenyataan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Muhd Zainul Asri juga berkata gurunya yang memaklumkan kenyataan tersebut telah meninggal dunia.
Penjelasan lanjut berkenaan perkara itu juga sukar untuk dilakukannya kerana tidak dijumpai di dalam kitab, Al-Quran dan hadis.
Semalam Pendakwah, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali memaklumkan kepada Berita AlHijrah jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) menolak kepercayaan reinkarnasi atau perpindahan roh walaupun ia dipegang oleh sebahagian fahaman dalam mazhab Syiah.
SUMBER : AlHijrah Online
Pemain Arsenal Dedah Nama Baru Selepas Peluk Islam | Khalifah Media Networks – LONDON: Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas pemain bola sepak Arsenal itu memeluk agama Islam.
Pemain berasal dari Ghana itu membesar sebagai Kristian tetapi hidup dalam kalangan orang Islam di negara asalnya. Dia memeluk Islam berikutan perkahwinannya dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi.
Bagaimanapun namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk Arsenal. Pemain 28 tahun itu akan mengekalkan nama Thomas di belakang jersinya.
“Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Kini sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu.
Baca Selanjutnya Di Sini..