United Kingdom (UK) telah memulakan percubaan bekerja hanya empat hari dalam seminggu dengan penyertaan lebih daripada 70 syarikat dan 3,300 pekerja.

United Kingdom Mula Cuba Kerja Empat Hari Seminggu. Malaysia Bila Lagi??

Bermula Isnin lalu, ribuan pekerja merentasi pelbagai sektor ekonomi UK dilaporkan telah mengambil bahagian untuk kajian global ini.

Menurut Economic Times, pekerja yang mengambil bahagian masih lagi akan menerima gaji penuh.

Program Perintis 4 Hari Seminggu UK itu dilakukan bagi mengkaji produktiviti serta kesejahteraan kakitangan dalam menyampaikan hasil kerja yang serupa untuk tempoh enam bulan.

Kira-kira 70 syarikat antaranya syarikat perbankan, hospitaliti, penjagaan dan studio animasi telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Ia turut melibatkan ahli akademik dari universiti Oxford dan Cambridge, serta pakar di Kolej Boston di AS.

Lebih 150 syarikat dan 7,000 pekerja di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, UK, Ireland, Australia dan New Zealand dilaporkan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program percubaan tersebut.

“Empat hari seminggu biasanya dianggap sebagai dasar dividen tiga kali ganda – membantu pekerja, syarikat dan iklim. Usaha penyelidikan kami akan menggali semua ini,” kata Juliet Schor.

Juliet Schor merupakan profesor sosiologi di Boston College serta selaku ketua penyelidik bagi program ini.

Sam Smith, pengasas bersama Pressure Drop Brewery di utara London dan antara salah satu syarikat yang mengambil bahagian.

Menurutnya, dia merasakan “masa yang baik” untuk syarikat itu mencuba amalan kerja yang berbeza.

“Pandemik ini membuatkan kami banyak berfikir tentang kerja dan cara orang mengatur kehidupan mereka,” katanya kepada BBC.

Majikan dan pekerja dalam program ini akan mempunyai akses kepada kepakaran, alatan dan sumber seperti bengkel dan bimbingan yang diperlukan.

Hal ini supaya mereka dapat menjalaninya dengan lancar dan berjaya sehingga akhir tahun ini.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply