Pendakwah Terkenal Tampil Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Kes Gangguan Seksual | Khalifah Media Network – Pendakwah terkenal hadir ke Bukit Aman pagi hari ini, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes gangguan seksual.

Pendakwah Terkenal Tampil Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Kes Gangguan Seksual

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai membawa pendakwah itu dilihat tiba di Bukit Aman pada 9 pagi.

Seorang individu memakai kopiah dilihat masuk ke dalam pondok keselamatan untuk proses pendaftaran sebelum ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

Beberapa orang dilihat ‘mengepung’ individu itu dipercayai bagi mengelak kehadirannya dirakam media.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pendakwah itu.

Menurutnya, satu kenyataan media akan dikeluarkan mengenai kehadiran pendakwah terbabit.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang pendakwah terkenal bakal dipanggil Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Menurut sumber, difahamkan pendakwah berusia lingkungan 30-an itu diminta hadir hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Sumber : Harian Metro

Baca Seterusnya…

 

Selepas Dua Bulan Di Mesir, Caprice Pulang Ke Malaysia Hari Ini | Khalifah Media Network – Penyanyi rap, Caprice akhirnya pulang ke Malaysia hari ini selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Selepas Dua Bulan Di Mesir, Caprice Pulang Ke Malaysia Hari Ini

Perkembangan itu dikongsikan penyanyi rap berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya nanti.

Baca Seterusnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply