Penduduk Roboh Sekatan Disebabkan Penat Dengan ‘Lockdown’ | Penduduk yang dikenakan perintah berkurung Covid-19 di hab pembuatan di selatan China di Guangzhou, merobohkan sekatan yang bertujuan untuk mengurung mereka di rumah.
Penduduk tersebut bertindak melakukan protes di jalanan sebagai memberontak arahan dikuatkuasakan dengan ketat, menurut video dan imej yang tular di media sosial.
Beberapa imej menunjukkan orang ramai bersorak dan melintasi sekatan yang dirobohkan dan memenuhi jalanan.
Ia selepas daerah Haizhu di bandar itu berada di bawah sekatan yang diperketatkan sejak 5 November.
CNN melaporkan, bunyi penghadang logam yang jatuh bergema di seluruh kawasan kejiranan dan sorakan kedengaran dalam rakaman yang tular itu.
Dalam satu video, petugas yang memakai pakaian perlindungan dapat dilihat berdiri di tepi garisan apabila halangan jatuh, sambil cuba bercakap dengan orang ramai di jalanan.
Dalam salah satu video mendengar suara wanita berkata bahawa ‘mereka memberontak’.
CNN mengandaikan rakaman itu berlaku di daerah Haizhu, tetapi tidak dapat mengesahkannya secara bebas.
Tidak jelas berapa ramai orang yang terbabit dalam protes itu atau berapa lama ia berlangsung.
CNN cuba mendapatkan komen pejabat daerah Haizhu, seorang pegawai berkata, kawasan itu masih sebahagian besarnya ditutup.
Ketika ditanya sama ada protes berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini, pegawai itu enggan menjawab.
Bantahan awam adalah satu peristiwa yang sangat jarang berlaku di China.
Pihak berkuasa mengawal ketat ke atas perbezaan pendapat yang mendatangkan kemarahan orang ramai kerana dasar ketat sifar-Covid-19.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Rusia Akan Hentikan Pencerobohan Di Ukraine. Dengan Syarat…
Rusia Akan Hentikan Pencerobohan Di Ukraine. Dengan Syarat… | Presiden Russia, Vladimir Putin, menetapkan syarat untuk mengakhiri pencerobohan Ukraine, ketika perbincangan kedua delegasi Russia dan Ukraine diadakan di Belarus hari ini.
Pada masa sama, pemimpin Russia itu terus mengarahkan tenteranya menggandakan serangan, termasuk ke atas sasaran utama, Kyiv manakala puluhan terkorban dalam serangan di berdarah di Kharkiv semalam.
Dengan tentera Moscow terus menyerang beberapa bandar Ukraine, negara Barat pula bersiap sedia mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Russia, menurut laporan agensi berita.
Difahamkan, Putin membentangkan syaratnya untuk mengakhiri perang itu semasa satu panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Menurut Kremlin, Putin menekankan bahawa penyelesaian hanya dapat dicapai sekiranya kepentingan keselamatan Russia dapat diambil kira sepenuhnya.
Ini termasuk mengiktiraf kedaulatan Russia ke atas Crimea, menjadikan Ukraine bebas tentera dan bebas Nazi serta memastikan statusnya yang neutral.
Semasa dialog itu berlangsung, Russia terus menyerang Ukraine, dengan anggota, kenderaan dan jentera tentera mula berkumpul di pinggir bandar Kyiv serta Kharkiv, dikhuatiri sebagai persediaan melancarkan serangan besar-besaran.
Hari ini, yang juga hari ketujuh serangan Russia terhadap Ukraine, jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov, mendakwa tentera Russia sudah menguasai bandar Kherson di selatan.
“Secara keseluruhan, tentera Russia sudah merosakkan lebih 1,500 kemudahan tentera di Ukraine selain memusnahkan 58 pesawat, 46 dron dan 472 kereta kebal serta kereta perisai lain.
Sumber: Berita Harian
VIDEO Lelaki Palest1n Menangis Ketika Melihat Rumahnya Dirobohkan.
VIDEO Lelaki Palest1n Menangis Ketika Melihat Rumahnya Dirobohkan. | Setiap insan pasti mengimpikan rumah yang selesa dan boleh didiami bersama keluarga. Rumah juga menyimpan banyak kenangan bermakna bersama keluarga yang tak mungkin dilupakan.
Namun semua kenangan itu direnggut sekelip mata sahaja dari lelaki warga Palestin yang dikenali sebagai Iyad Burqan ini. Luluh hatinya bila melihat rumah yang didiaminya bersama 10 orang ahli keluarga, termasuk seorang anak yang sakit dirobohkan atas arahan pihak berkuasa Israel.
Momen memilukan ini sempat terakam kamera dan dimuatnaik di platform media sosial oleh media tempatan. Video tersebut mendapat sorotan warga net dan telah ditonton sebanyak 4.6 ribu kali di laman Twitter setakat ini.
Dalam video pendek itu, Burqan dilihat tidak dapat menyekat air mata apabila hanya mampu melihat rumah yang selama ini dibangunkannya untuk keluarga dimusnahkan oleh jengkaut di depan matanya sendiri.
Menurut laporan Al-Qastal, rumah yang didiami Burqan dirobohkan kerana disabit denda berat oleh pihak Israel. Keluarga Burqan merupakan salah satu keluarga yang mendiami kawasan kejiranan Palestin, Ras al-Amoud yang terletak di wilayah Timur Baitulmaqdis.
#مؤثر لم يتمالك المقدسي إياد برقان نفسه عندما رأى منزله يهدم أمامه ليضيع جهده وتعبه في لحظات
الفيديو قبل قليل من رأس العامود بالقدس المحتلة حيث أجبر الاحتلال المقدسي برقان على هدم منزله تحت تهديد الغرامات الباهظة
تصوير: أحمد أبو صبيح pic.twitter.com/tHqzSGl8yA— AlQastal القسطل (@AlQastalps) November 16, 2021
Sumber : SK