Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di ladang sawit di Felda Kerteh 6, dekat sini, petang semalam.

Pengurus Temui Mayat Lelaki Dengan Kesan Kelar Di Leher Di Ladang Sawit

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat itu ditemukan berlumuran darah kira-kira 6.50 petang oleh pengurus ladang berusia 60 tahun.

“Pengurus ladang terbabit ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan terserempak dengan mangsa dalam keadaan terbaring.

“Pengurus terbabit kemudian bertindak menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya,” katanya ketika ditemukan di lokasi kejadian.

Baharudin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke kawasan ladang terbabit untuk menjalankan siasatan.

“Mangsa adalah penduduk tempatan berusia 42 tahun. Siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

No photo description available.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply