Penunggang Motosikal Cuba Lari Lawan Arus Dari Roadblock Rempuh Kereta | Sungai Buloh: Penunggang motosikal bertindak menunggang melawan arus ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya sehingga merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Subang Perdana, kelmarin.
Penunggang Motosikal Cedera Ringan
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian pada 6.17 petang itu menyebabkan penunggang terbabit cedera ringan.
“Siasatan mendapati, penunggang motosikal bertindak demikian kerana takut cukai jalan dan insurans motosikal sudah tamat tempoh.
“Penunggang terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum merempuh Proton Persona,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, penunggang terbabit mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di klinik berhampiran.
Kedua-dua Pemilik Kenderaan Buat Laporan
“Kedua-dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.
Terdahulu, video berdurasi 52 saat milik kenderaan terbabit tular yang memaparkan tindakan penunggang motosikal itu.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Remaja Lelaki Terselamat, Kereta Terbabas Langgar Tembok Pagar Balai Polis
Remaja Lelaki Terselamat, Kereta Terbabas Langgar Tembok Pagar Balai Polis | KUALA LANGAT – Seorang remaja lelaki terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh kenderaan lain lalu melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom, semalam.
Memandu Tanpa Lesen
Remaja tersebut yang merupakan pembantu kedai berusia 19 tahun bagaimanapun didapati memandu tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila remaja tersebut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Buaya Jenjarom dari Banting.
Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan semasa membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di hadapan balai polis tersebut.
Langgar Tembok Pagar Balai Polis
“Akibat daripada perlanggaran itu Perodua Bezza bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom.
“Namun, pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kemalangan dengan ujian air kencing terhadapnya adalah negatif. Semakan mendapati pemandu itu bagaimanapun tidak mempunyai lesen,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : KMN
BACA JUGA :
Cuba Larikan Diri Dari Polis, Kereta Pengedar Dadah Terbabas Masuk Tali Air
PENDANG – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar, dekat sini pada petang Isnin.
Cuba larikan diri
Suspek berusia awal 30-an itu sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di kawasan tepi jalan Kampung Batu Menunggul, dekat sini pada jam 6.30 petang.
Kereta hilang kawalan
“Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar.
“Pasukan Polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan yang dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada dalam keretanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Arriz Sham Hamezah, pasukan polis yang menjalankan tugas Op Tapis Khas Kontinjen Kedah 2.0 kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.
“Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek dapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga dapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas Arriz Sham, suspek telah dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di kawasan daerah Pendang sejak setahun yang lalu.
“Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985),” ujar beliau lagi.
Sumber: KMN