Perancis Dibuka Mulai Rabu Depan Kepada Pelancong Asing Yang Sudah Divaksin | Pelancong yang tinggal di Eropah boleh menarik nafas lega selepas Perancis mengumumkan bakal membuka sempadan negara terbabit kepada pelancong Eropah namun hanya kepada yang telah mendapatkan vaksin Covid-19 bermula 9 Jun.
Kerajaan Perancis dilaporkan telah membuka sempadannya kepada pelacong yang divaksin tanpa perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), bermula 9 Jun selepas mereka dikatakan sedang bersiap sedia serta sedia untuk menyambut kedatangan pelancong asing sambil mematuhi langkah pencegahan kesihatan.
Beberapa negara yang sudah berada dalam zon hijau selain negara Eropah seperti Australia, Korea Selatan, Israel, Jepun, Lubnan, New Zealand dan Singapura dilaporkan tidak perlu menjalani ujian PCR atau antigen 72 jam sebelum berlepas bagi golongan yang sudah mendapatkan vaksin.
Bagi negara-negara di zon merah seperti Argentina, Bahrain, Bangladesh, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Suriname, Turki, Uruguay dan Afrika Selatan perlu menjalani ujian PCR atau antigen dalam masa 48 jam sebelum keberangkatan walaupun sudah divaksin dan dikuarantin selama tujuh hari.
Manakala, bagi pelancong yang belum mendapatkan suntikan vaksin pula dilaporkan perlu wajib menjalani kuarantin selama 10 hari menurut laporan media tempatan.
Sementara itu, bagi dua negara yang masih berada dalam zon oren seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat
yang turut berada di dalam zon tersebut perlu mengambil ujian PCR (72 jam) atau antigen (48 jam) sebelum berlepas walaupun sudah mendapatkan vaksin.
Manakala, bagi pelancong yang belum lagi mendapatkan vaksin perlu mempunyai alasan yang kukuh dan wajib menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Sumber: Sinar Harian