Perdana Menteri Jadi Orang Pertama Suntik Vaksin Covid-19

| December 21, 2020 | 1 Comment

Perdana Menteri Jadi Orang Pertama Suntik Vaksin Covid-19 | Petaling Jaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau merupakan antara individu pertama di Malaysia yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, keputusan itu diambil bertujuan meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 yang bakal diperoleh negara adalah selamat dan berkesan.

“Bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan, saya akan jadi antara individu pertama terima suntikan.

“Ia diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberi kepada kumpulan sasar berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik,” katanya dalam video perkembangan terkini berhubung pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperolehi 6.4 juta dos vaksin Covid-19.

Jelas beliau, ia merupakan perjanjian ketiga selepas kerajaan memeterai perjanjian dengan Covax bagi pembelian 10 peratus vaksin dan syarikat Pfizer bagi 20 peratus pembelian sama pada akhir bulan lepas.

Kata beliau, sebanyak 6.4 juta dos vaksin Covid-19 tersebut bakal memenuhi keperluan imunisasi 10 peratus lagi rakyat Malaysia.

“Ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus yang telah pun diperolehi menerusi perjanjian bersama fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *