Petua Ayam Kekal Segar Dalam Peti Ais | Assalamualaikm dan Salam Sejahtera. Sudah menjadi lumrah keluarga untuk ‘restock’ barang-barang dapur pada setiap hujung minggu atau pada setiap bulan. Kalau nak beli setiap hari agak menyusahkan. Barang-barang dapur yang selalu dibeli termasuk barang basah seperti ikan, ayam dan sayur. Ayam merupakan bahan wajib dibeli sekiranya keluar berbelanja barangan dapur. Ada kajian menyatakan bahawa ayam akan hilang kesegaran apabila disimpan beberapa hari. Nak masak pun dah malas bila tengok ayam dah kebiruan dan tidak segar.

Jom ikuti tip mudah untuk mengekalkan kesegaran ayam yang anda beli:

1. Selepas pulang dari pasar, segera bersihkan ayam dan disimpan terus dalam peti sejuk. Jangan biarkan terdedah terlalu lama pada suhu bilik.

2. Simpan ayam dalam bahagian yang sejuk beku atau yang paling sejuk.

3. Jika anda tidak sempat cuci ayam yang dibeli dan terus simpan dalam peti sejuk, pastikan ia tidak lebih dari dua hari.

4. Ayam yang sudah dimasak boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi tidak lebih dari dua hari juga.

Ini adalah sebahagian petua yang kerap digunakan bagi memastikan kesegaran ayam. Ada juga petua lain yang boleh diamalkan, ia mengikut kesesuaian anda.

 

Sumber: CAKAP MANIS

 

Share.

Leave A Reply